MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penjelasan Isu Status Halal Susu Jenama Dumex Dugro


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan berdasarkan maklum balas daripada syarikat Danone Specialized Nutrition (M) Sdn Bhd yang merupakan pengedar produk di negara ini (Malaysia), susu tersebut merupakan pemegang sijik halal The Central Islamic Council of Thailand (CICOT) dan merupakan satu - satunya badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di negara Thailand. Rujuk penjelasan lanjut pihak syarikat di:- https://www.dugro.com.my/bm/dugro-produk.html

Perlu diketahui bahawa produk yang telah diberi pengesahan halal oleh JAKIM/JAIN atau mana-mana badan pengesahan halal luar negara yang diiktiraf adalah dijamin halal dan suci (toyyiban), bersih dan selamat serta mengikut prosedur dan perundangan berkaitan.

Kompilasi Logo Halal Yang Diiktiraf Oleh JAKIM

Sumber : JAKIM

Diterbitkan pada 23 April 2020

Post a Comment

0 Comments