MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Jom Menginap Di Raia Hotel/Hotel Tabung Haji





Semalaman menginap di Hotel Tabung Haji (TH) Kota Kinabalu, Sabah. Kini Hotel Tabung Haji dikenali sebagai RAIA HOTEL Kota Kinabalu setelah diambil alih oleh UJ Property Management Sdn Bhd (UJPM).
 
Lokasi TH ini terletak di Kampung Sembulan, berhampiran Masjid Negeri Kota Kinabalu adalah sangat strategik, mengambil masa purata 10 - 15 minit (sekiranya lalulintas berjalan lancar dengan kelajuan sederhana) ke Lapangan Terbang Anatarabangsa Kota Kinabalu.

Raia Hotel/Hotel Tabung Haji ini merupakan hotel yang berlandaskan Syariah Islam. Sesuai dengan konsep syariah barangan yang ditegah/dilarang dalam agama Islam adalah dilarang sama sekali seperti Alkohol/ Minuman Keras dibawa/diminum/dimakan & seumpamanya.




KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI DALAM BILIK PENGINAPAN

  • Penghawa Dingin 
  • Televisyen LCD & Saluran Astro (Saluran tertentu sahaja)
  • Kemudahan WIFI
  • Al-Quran
  • Sejadah (Tikar Solat/Sembayang)
  • Telefon meja
  • Seterika & Papan Seterika
  • Pengering Rambut
  • Peti Sejuk Mini
  • Set Minuman Kopi & Teh
  • Pancuran Air Panas & Sejuk
  • Sofa - Kecil
  • Tuala Mandi
 
Kemungkinan ada kemudahan yang disediakan tetapi tidak disenaraikan di atas. Untuk kepastian lanjut sekiranya anda berpeluang menginap di hotel ini, bolehlah bertanya kepada penyambut tetamu pada masa tersebut. 

Penyenaraian kemudahan seperti di atas adalah berdasarkan pemerhatian dan kemudahan yang telah digunakan oleh Admin bersama keluarga semasa menginap dan baru-baru ini. Admin ketika ini memilih bilik yang mempunyai 3 katil dan bilik tersebut amat luas dan selesa serta sesuai bagi mereka yang berkeluarga.





Raia Hotel/Hotel Tabung Haji setiap bilik penginapan menyediakan doa harian seperti di atas katil berhampiran kepala dilekatkan/tampal Doa Hendak Tidur, di almari Doa Pakai Pakaian, Di depan pintu tandas Doa Masuk Tandas.






Pemandangan luar di pagi hari melalui hotel ini juga menyegarkan mata memandang disamping  melihat persekitaran kampung & bandar, Kampung Sembulan dan bangunan-bangunan kompleks membeli belah tersusun rapi sejajar dengan pembangunan masa sekarang.








KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN
 
DEWAN



 
Dewan yang besar dan luas dengan reka bentuk yang lebih eksludif dan moden serta mengekalkan konsep hotel Islamik. Dewan ini sesuai bagi semua majlis seperti Mesyuarat, Seminar, Ceramah, Majlis Perkahwinan dan sebagainya.

Dewan Utama mampu memuatkan lebih kurang 900 orang pada sesuatu masa dan Bilik-bilik Seminar juga disediakan di tingkat 1 boleh menampung kapasiti 30 orang dalam 1 bilik seminar. bilik seminar ada 8 bilik.
 


TEMPAT LETAK KERETA 
 
Kawasan Raia Hotel/Hotel Tabung Haji mempunyai lot parkir yang banyak dan satu advantage bagi mereka yang mempunyai kenderaan disediakan kemudahan ini. 
 
 

KESELAMATAN

Pihak hotel juga menyediakan kawalan keselamatan swasta dan Polis Bantuan TH dengan adanya kawalan keselamatan yang ada pastinya lebih selesa dan selamat seperti parking kenderaan dan kawasan hotel yang mempunyai perimeter/pagar.
 
 

RESTORAN

Restoran juga ada disediakan di lobby depan pintu masuk utama hotel, konsep dan ruangan hotel adalah selesa, sesuai untuk melakukan perjumpaan dan perbincangan kerana persekitaraan suasana yang tenang dan selesa/sejuk sederhana.



Pakej harga yang ditawarkan oleh Raia Hotel/Hotel Tabung Haji juga sangat berbaloi di antara RM160.00 - RM290.00.

Sempena pengecualian cukai dan Kerajaan Malaysia menggalakkan rakyatnya melancong di dalam negara ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) harga pakej hotel Raia Hotel/Hotel Tabung Haji ditawarkan serendah RM125 sehari & semalam (Standard time).



Bagi Admin yang telah berkunjung dan menginap di Raia Hotel/Hotel Tabung Haji sangat berpuas hati dengan fasaliti dan kemudahan yang disediakan, keselesaan, keselamatan dan harga yang munasabah membuatkan ingin menginap lagi sekiranya berpeluang lagi.


Sumber: Admin

Post a Comment

1 Comments