MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)



Sidang Media Khas - Perintah Kawalan Pergerakan (30 Mac 2020)

1. PKP Fasa Kedua: Waktu operasi semua premis perniagaan barang keperluan harian termasuk Pasaraya dan Pasar, 8.00 pagi hingga 8.00 malam

2. Operasi Stesen Minyak dihadkan dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam

3. PKP Fasa Kedua: Waktu operasi pengangkutan awam kekal 6.00 pagi hingga 10.00 malam 


4. PKP Fasa Kedua : Teksi dan E-Hailing dibenarkan beroperasi 6.00 pagi hingga 10.00 malam

5. PKPD yg kedua telah dilaksanakan di Batu 21 hingga Batu 24, Sungai Lui, Hulu Langat berikutan peningkatan jumlah positif jangkitan COVID-19

6. PDRM telah menahan 828 individu kerana ingkar PKP

7. PDRM bersama ATM telah membuat sebanyak 1520 Sekatan Jalan Raya dan melakukan pemeriksaan kpd lebih 257,287 kenderaan

8. Sekatan Jalan Raya di plaza tol di seluruh negara, ditambah dari 23 kepada 65 dan akan ditingkatkan kepada 114 plaza tol

9. Jumlah keseluruhan anggota yang bertugas dalam pelaksanaan PKP adalah seramai 67,774

10. Kerajaan menggalakkan orang ramai supaya membuat pembelian secara atas talian (online)

11. Aktiviti riadah tidak dibenarkan di kawasan awam dan persendirian

12. Kelonggaran kepada golongan Autism & OKU untuk mendapatkan terapi seperti dinasihatkan pakar tetapi tidak dibenarkan secara berkumpulan
13. Kerajaan tetap harga siling topeng muka RM1.50

14. SOP PKP Tahap 2 akan dikuatkuasakan mulai 1 April 2020

Sumber : MINDEF Malaysia 

Post a Comment

1 Comments

  1. Assalamualaikum,
    disini saya ingin menyampaikan kisah seorang anak oku memerlukan bantuan pada masa PKP ini. Rumah yg diduduk tiada bekalan air dan letrik, kerana diambil tindakkan oleh pihak JMB. Kalau ada agensi atau individu yg boleh membantu, tolong lah dgn hati yg ikhlas (hanya Allah yg membalas). Boleh berhubung dgn En. Harun 0129040500 atau En. Othman Paddikutty di 0183209905. Terima kasih

    ReplyDelete