MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor Diisytiharkan PKPD Selepas Simpang Renggam, Johor



Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dikenakan di kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sg Lui di Hulu Langat, Selangor.

PKPD ini melibatkan 3,918 penduduk merangkumi 700 rumah, termasuk 7 kampung iaitu  2 perkampungan Orang Asli dan lima 5 perkampungan Melayu.

Selangor mencatatkan taburan bilangan kes jangkitan COVID-19 paling tinggi. 

Daerah di Selangor zon merah ialah Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Klang. 

Kenyataan penuh Perintah Kawalan Pergerakan di kawasan Batu 21 - 24 Sungai Lui, Hulu Selangor bermula tengah malam ini, 30 Mac - 13 April.



Ini bagi mengelak #COVID19 merebak selepas 74 kes positif dikesan. 

PKPD yang kedua dikenakan selepas dua kawasan di Simpang Renggam. 

Perintah ini akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini, 30 Mac 2020 hingga 13 April 2020. - Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob


Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Kita mesti putuskan rantaian #COVIDー19 ini. Insya-Allah kita akan memenanginya.

Semoga Allah melindungi kita semua.

#dudukdirumah
#StayAtHome
#BreakTheChain



Post a Comment

0 Comments