MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

mySalam 2020



MySalam adalah skim keselamatan sosial yg diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Pakatan Harapan dengan kesedaran bahawa ramai keluarga menghadapi masalah kewangan apabila salah satu anggota keluarga didiagnosis dengan penyakit kritikal.


Anggota keluarga yang terlibat kemudiannya terpaksa meminjam wang daripada kawan-kawan atau saudara mara untuk merawat penyakit yang dialami. Justeru itu, MySalam telah diperkenalkan bagi mengurangkan beban yang dihadapi pesakit.



Anggaplah MysSalam sebagai skim insurans di mana anda tidak perlu membayar satu sen pun. Tiada premium bulanan, tiada caj tahunan, tiada yuran pendaftaran. Semuanya 100% percuma.

Setelah diagnosis dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal, Kerajaan Persekutuan akan membayar anda RM8,000 (B40) atau RM4,000 (M40) masing-masing.

Bukan itu sahaja. Anda juga layak menuntut RM50 sehari untuk maksimum 14 hari setahun untuk kos hospital.

Pembayaran ini semestinya tidak sebanyak seperti yang ditawarkan oleh insuran swasta, tetapi ianya percuma tanpa perlu bayar premium bulanan. Ianya adalah sesuatu yang Kerajaan tawarkan rakyat Malaysia bagi bantu meringankan kesukaran.

Jika pendapatan anda kurang daripada RM100,000 setahun atau kurang daripada RM8,333 sebulan, saya galakkan anda untuk mendaftar MySalam. Ianya percuma.

Jadi, jangan tunggu. Sila baca, kongsi dan mohon di www.mysalam.com.my

Mohon mySalam

Sumber : Twitter YB Saifuddin Nasution







Post a Comment

0 Comments