MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

KPM Terima Peruntukan RM25 Juta Bagi Selenggara Sekolah SAR & SAN


Buat julung-julung kalinya, pada tahun 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima peruntukan tambahan sebanyak RM25 juta bagi tujuan penyelenggaraan Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Agama Persendirian dan Sekolah Agama Negeri (SAN) yang berdaftar dengan KPM dan juga dengan Pihak Berkuasa Agama Negeri (PBAN). Peruntukan ini diberikan kepada sekolah yang melaksanakan kurikulum kebangsaan sahaja.

Berdasarkan data, sebanyak 96 buah sekolah agama berdaftar dengan KPM dan 458 buah sekolah pula berdaftar dengan PBAN. Daripada jumlah ini sebanyak 337 buah sekolah telah membuat permohonan.

Setelah verifikasi permohonan tersebut dilakukan oleh KPM, sebanyak 78 buah sekolah telah berdaftar dengan KPM telah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM6.294 juta manakala sebanyak 254 buah sekolah yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Agama Negeri telah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM14.195 juta.

Selain itu, pemerkasaan terhadap sekolah agama juga turut dilaksanakan di bawah rolling plan 4 RMK -11 tahun 2019,iaitu tiga projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) telah diluluskan. Dua daripada projek ini dalam peringkat pra pelaksanaan iaitu SMKA Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang dan SMKA Arau. Manakala sebuah lagi iaitu SMKA Haji Mohamad Yasin sedang dalam pembinaan.

Ini memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam membantu sekolah-sekolah ini secara inklusif. Bagi memastikan pengagihan dilaksanakan dengan telus, beberapa jawatankuasa telah dibentuk untuk menilai perkara ini.

Sumber : KPM 


Post a Comment

0 Comments