MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kes Disyaki 2019 Novel Koronavirus di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Padang Besar, Perils.?


Isu tular di media sosial berkaitan kes disyaki 2019 Novel Koronavirus di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Padang Besar,  Perils.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis memaklumkan melalui Kenyataan Akhbar bahawa pada 31 Januari 2020 , seorang wanita berumur 69 tahun berasal dari Hong Kong telah dikesan demam melalui saringan kesihatan PMA di Padang Besar, beliau telah dibawa ke bilik isolasi Klinik Kesihatan Padang Besar untuk pemeriksaan lanjut oleh pegawai perubatan. Wanita tersebut tiada sejarah perjalanan ke Wuhan mahupun ke negara China.

Berdasarkan kepada maklumat lengkap sejarah perjalanan, penilaian risiko jangkitan dan pemeriksaan perubatan ke atas wanita tersebut,  pasukan pakar perubatan membuat kesimpulan bahawa beliau tidak memenuhi  definisi kes Person Under Investigation (PUI) 2019-nCoV.


Di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu (1) tahun atau kedua-dua dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas persabitan.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia 

Post a Comment

0 Comments