MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penjelasan Isu Status Halal Produk Minyak Masak Jenama Asri


Penjelasan Isu Status Halal Produk Minyak Masak Jenama Asri 

Tular yang mendakwa Produk Minyak Masak Jenama Asri dikeluarkan oleh syarikat Leong Hup selaku penternak babi terbesar di Melaka.

Untuk makluman Produk Minyak Masak Jenama Asri bukan keluaran syarikat Leong Hup sebagaimana yang ditularkan. Produk tersebut merupakan keluaran Syarikat Asri Vegetable Oil Products Sdn Bhd dan merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah.

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki SPHM, sila layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.

Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di :- http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

"Yakini Halal Malaysia"

Diterbitkan 23 Januari 2020

Sumber :Bahagian Hab Halal, Facebook JAKIM 
 
Semakan Nama Produk, Jenama & Syarikat Minyak Masak : Halal Malaysian Portal

Post a Comment

0 Comments