MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Tindakan Tegas Terhadap Kenaikan Harga Tidak Munasabah Bagi Topeng Muka


KENYATAAN MEDIA: Tindakan Tegas Terhadap Kenaikan Harga Tidak Munasabah Bagi Topeng Muka



Sebagai peringatan kepada para peniaga, topeng muka adalah barang harga terkawal & harga maksimum telah ditetapkan utk 5 jenis topeng muka di bawah Akta Kawalan Harga & Anti pencatutan 2011.

KPDNHEP akan meneruskan pemantauan berterusan dgn mengarahkan pegawai-pegawai Penguatkuasa seramai 2,300 orang utk membuat pemeriksaan di seluruh negara & mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yg mengambil kesempatan menaikkan harga topeng muka secara tidak munasabah

Para pengguna juga boleh menyumbang kepada usaha ini dengan melaporkan kepada KPDNHEP melalui mana-mana 9 saluran aduan termasuk WhatsApp di 019-2794317 sekiranya mendapati mana-mana pihak yang menaikkan harga topeng muka secara tidak munasabah.

Pihak Kementerian memohon kerjasama dan perhatian pihak yang terlibat dalam pembekalan dan penjualan topeng muka agar membuat urus niaga secara berhemah dan mematuhi peruntukan harga maksimum topeng muka yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.


Sumber : YB Saifuddin Nasution (Menteri KPDNHEP) Twitter 


Post a Comment

0 Comments