MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Malaysia Menggantung Sementara Kemasukan Pelawat China


Kenyataan Akhbar: Kemasukan Pelawat China

Kerajaan telah mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigresen iaitu eNTRY, Visa on Arrival, e-visa dan visa manual kepada rakyat negara China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei di kelilingnya. 

Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira perkembangan terkini kes jangkitan Novel Koronavirus 2019 (2019-nCoV) di negara China, khususnya di Wilayah Hubei tersebut dan ianya adalah berkuatkuasa serta merta.

Kerajaan juga ingin mengingatkan kepada semua pihak agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sah atau palsu berkenaan novel koronavirus ini yang boleh menyebabkan ketidaktenteraman kepada masyarakat umum.

Sumber :@chetdetofficial Twitter 

Post a Comment

0 Comments