MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Skim Air Darul Ehsan



Kerajaan Negeri Selangor menawarkan air bersih sebanyak 20 meter padu, bersamaan dengan 20,000 liter setiap bulan secara percuma untuk rakyat.

Faedah ini adalah untuk semua tanpa mengira taraf ekonomi, kaum, fahaman politik, asalkan tinggal di Selangor, berhak mendapat air percuma tersebut, setiap bulan.

OBJEKTIF PROGRAM

Tujuan Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi ketika ini.

Program bekalan air percuma ini juga adalah salah satu komponen bagi cadangan penstrukturan semula industri air di Selangor secara holistik dan bersepadu yang diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan, efektif serta dapat mengurangkan kadar tarif air semasa bagi kemudahan rakyat Selangor.

SYARAT-SYARAT

Mereka yang berkelayakan untuk memohon Skim Air Darul Ehsan adalah seperti berikut:
  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.
  2. Pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah (pendapatan suami dan isteri, tiada pasangan atau bujang) .
  3. Premis kediaman adalah meter individu dan meter pukal (Pangsapuri Kos Rendah).
  4. Penghuni Pangsapuri Kos Rendah yang menerima bekalan air melalui meter pukal perlu mendapat pengesahan Badan Pengurusan Bersama (JMB) / Perbadanan Pengurusan (MC).
  5. Pemohon hanya boleh memohon untuk satu (1) akaun / premis sahaja.
CARA PELAKSANAAN

Semenjak April 2010, Kerajaan Negeri Selangor menanggung kos pembayaran kepada SYABAS bagi 20 meter padu pertama atau purata rebat sebanyak RM11.40 sebulan bagi setiap pengguna domestik bermeter individu berdasarkan bil penama pengguna air di negeri Selangor. Rekod pembayaran oleh Kerajaan Negeri Selangor ini tercatat di setiap bil penggunaan air SYABAS yang diterima oleh pengguna yang layak setiap bulan.

Untuk maklumat lanjut sila layari : www.airselangor.com atau hubungi ditalian : 15300 atau berurusan terus ke Kaunter Pejabat Wilayah Air Selangor atau Pusat Khidmat Masyarakat

Sumber: SSIPR

Post a Comment

0 Comments