MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penjelasan Isu Status Halal Produk Frankfurter Ayam Jenama Rahmat



"Untuk makluman, produk Frankfurter Ayam Jenama Rahmat keluaran syarikat Leong Hup Agrobusiness Sdn Bhd yang beralamat di Wisma Westcourt, 126, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah."

Terkini, melalui penyebaran media sosial berhubung produk Ayam Frankfurter Rahmat yang di kilangkan oleh syarikat Leong Hup Agrobusiness Sdn Bhd, selain itu, ianya berpunca dari dakwaan yang menyatakan bahawa produk berkenaan dikeluarkan oleh syarikat penternak babi terbesar di Melaka.

"Untuk makluman, syarikat berkenaan bertindak selaku Original Equipment Manufacturer (OEM) kepada produk Rahmat Frankfurter. Penggunaan nama jenama Rahmat adalah bersempena nama Encik Rahmat bin Ibrahim, Pengarah Syarikat Mantap Eksklusif Sdn Bhd yang telah bersetuju menjadikan syarikat Leong Hup Agrobusiness Sdn Bhd sebagai pengilang produk terbabit.

Nama jenama "Rahmat" dan warna pembungkusan "Hijau" adalah berdasarkan persetujuan bersama oleh pengilang dan pihak syarikat Mantap Eksklusif Sdn Bhd. Syarikat Leong Hup Agrobusiness Sdn Bhd adalah syarikat berkelompok (commercial company) di bawah Leong Hup (Malaysia) Sdn Bhd, member of Leong Hup International yang tiada kena-mengena dengan penternakan babi.

'Untuk makluman, produk Frankfurter Ayam Jenama Rahmat keluaran Leong Hup Agrobusiness Sdn Bhd beralamat di Wisma Westcourt, 126, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah."

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki SPHM, sila layari portal www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal. 

Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di : http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi di talian : 03-8892 5000/1 
atau emel : pr_halal.islam@1govuc.gov.my

"Yakini Halal Malaysia"

Dikeluarkan oleh JAKIM pada 31 Disember 2019

Sumber: Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 

Semakan Nama Produk, Jenama & Syarikat Frankfurter Ayam: Halal Malaysian Portal


Post a Comment

9 Comments

  1. Jadinya jenama rahmat ni hakmilik siapa? syarikat mantap eksklusif s/b atau milik leong hup agrobussiness s/b?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya mudah dan ringkas.. kalau dah tau syarikat tu milik org kafir jadi sebagai pengguna islam elakkan dari membeli produk kafir. Jangan ada was2 pada pembelian kita..

      Delete
  2. Solan yg sangat baik dan adalah lebih baiknya tuan/puan dapatkan maklumat tersebut daripada Syarikat Mantap Eksekutif Sdn Bhd atau pun syarikat Leong Hup Agrobusiness Sdn Bhd
    utk kepastian pemilik sebenarnya Jenama Rahmat. Cuma di ruangan ini dijelaskan status Halal produk tersebut.

    ReplyDelete
  3. Syarikat cina kenapa guna nama islam (rahmat), kelirukan penguna atau adakah ini business strategy.

    ReplyDelete
  4. Pendaftaran nama syarikat telah didaftarkan secara sah mengikut undang2 yg sedia ada. Semoga kita semua beroleh rahmat dan hidayah sentiasa dari Allah S.W.T

    ReplyDelete
  5. Saya rasa dah cukup terang dah penerangan. OEM oleh Leong Hup, Jakim dah bagi halal, tak perlu dipersoalkan. Kenapa Rahmat ru sendiri tak boleh buat? Sebabnya mungkin modal utk dirikan kilang besar. Jadi gunakan kilang Leong Hup yg dah ada status Halal, GMP, HACCP pengeluaran. Tak perlulah keluarkan modal tinggi. Kalaupun pengusaha tu cina, tapi kalau cina islam masih tak nak beli ke? Jgn kita terlalu prejudis dgn ilmu yg tak cukup

    ReplyDelete
  6. Ada masa pengurusan halal tu...

    ReplyDelete
  7. Bagaimana produk Frankfurter Ayam Jenama Rahmat dapat dikaitkan dengan nama Encik Rahmat bin Ibrahim dan syarikat Mantap Eksklusif Sdn Bhd? Intip PTS terbaik di Bandung Telkom University

    ReplyDelete