MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penjelasan Berkenaan Isu Status Halal Minyak Masak Jenama Helang, Vesawit, Knife dan Buruh serta Air Minuman Jenama Spritzer



Penjelasan Berkenaan Isu Status Halal Minyak Masak Jenama Helang, Vesawit, Knife dan Buruh serta Air Minuman Jenama Spritzer.

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjawab pertanyaan  dari pengguna media social berkenaan status halal produk minyak masak jenama Helang, Vesawit, Knife dan Buruh serta Air Minuman Jenama Spritzer.

Ia berpunca dari tular yang kononnya mendakwa produk-produk tersebut telah diputuskan haram oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 26 Mei 2014 kerana menggunakan gelatin lemak babi dan binatang yang tidak halal.

JAKIM menegaskan bahawa dakwaan yang menyatakan keputusan sedemikian melalui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Untuk makluman, minyak masak jenama Helang dan Vesawit keluaran Syarikat Yee Lee Edible Oils Sdn Bhd, minyak masak jenama Knife dan Buruh keluaran Syarikat Lam Soon Oils Sdn Bhd serta minuman jenama Spritzer keluaran Syarikat Chuan Sin Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga ke hari ini.

Justeru, masyarakat dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu tular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah, salah faham sesama ummah dan menjejaskan keharmonian Negara.

Untuk mengetahui produk premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.

Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di:- http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

Harap Makluam dan terima kasih.

“Yakini Halal Malaysia”

Diterbitkan pada 17 April 2019M

Sumber : JAKIM

Post a Comment

0 Comments