MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Mengenal Barangan Kulit Babi /Khinzir


Sebilangan di antara kita sama ada lelaki atau wanita diluar sana kurang peka apabila membeli dan memilih kasut, bag, selipar atau barangan kulit yang lain.

Berikut dikongsikan panduan asas ciri-ciri mengenal barangan yang diperbuat dari kulit babi, dikhususkan kepada bag kulit dan kasut kulit.
  1. Corak barangan kulit tersebut 
  2. Tekstur dan struktur kulit tersebut 
Beberpa gambar yang disertakan dibawah ini boleh di jadikan panduan bersama.





Bagi mereka yang menitikberatkan hukum dan haram sesuatu barangan tersebut, gambar di atas boleh dijadikan panduan, namun untuk penjelasan lanjut dan nasihat perlu dapatkan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan badan - badan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia untuk mengesahkan sesuatu barangan tersebut diperbuat dari sumber kulit babi.

Sentiasa berwaspada dalam pembelian barangan adalah perkara yang baik lebih - lebih lagi berkenaan sumber halal dan haram.

Sekirannya anda Tersentuh Kulit Babi dipautan ini ada dijelaskan situasinya.

Sumber : WhatsApp dan penulis sendiri

Harus diingat para peniaga yang menjual barangan kulit babi anjing terikat dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).


(Barang-Barang Diperbuat daripada Mana-Mana Bahagian Babi atau Anjing) 2013
Semua barang-barang yang diperbuat daripada mana-mana bahagian babi atau anjing yang dipamerkan untuk jualan atau sebagai sampel barang-barang untuk jualan hendaklah:-
  • Mempamerkan barang-barang itu di tempat yang berasingan daripada barang-barang lain di dalam premis perniagaan mereka.
  • Ditandakan dengan ungkapan “Diperbuat daripada Babi” atau “Diperbuat daripada Anjing” atau “apa-apa ungkapan membawa kesan/maksud yang sama” dan diletakkan di tempat yang mudah dilihat oleh mana-mana orang yang berniat untuk membeli barang itu.
  • Ungkapan tersebut hendaklah :
    1. Dalam bahasa kebangsaan atau  yang diikuti dengan terjemahan dalam mana-mana bahasa lain.
    2. Dengan ketinggian huruf tidak kurang daripada 10mm.
  • Mana-mana orang yang menyalahi Perintah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM100,000.00 atau dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. Manakala penalti untuk pertubuhan perbadanan ialah denda sehingga RM250,000.00.
PERANAN PENIAGA
Semua premis yang menjalankan perniagaan barang-barang yang diperbuat daripada mana-mana bahagian babi atau anjing hendaklah :
  • Mengasingkan barang-barang tersebut di tempat berlainan daripada barang-barang jualan lain.
  • Peniaga juga perlu labelkan barang-barang tersebut dengan ungkapan “Diperbuat daripada Babi” atau “Diperbuat daripada Anjing” dan dipamerkan ditempat yang mudah dilihat oleh pengguna.
  • Ungkapan tersebut mestilah dalam Bahasa Kebangsaan dan ianya perlu ditulis tangan atau dicetak dengan ketinggian huruf tidak kurang daripada 10 mm.
PENALTI
Jika peniaga disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda :
  • Bagi bukan pertubuhan perbadanan – tidak melebihi RM 100,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
  • Bagi pertubuhan perbadanan – tidak melebihi RM 250,000.
Sumber : KPDNHEP 

Post a Comment

0 Comments