MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Cara Mencuci Kemaluan Dengan Betul



Seringkali kita merasa telah mencuci kemaluan kita dengan bersih dan betul. Bersih belum bererti betul. Hal ini penting agar amal ibadah kita diterima.

Ramai orang merasa ibadah mereka bagus, tetapi sebenarnya masih tidak terlepas dari ancaman azab api neraka hanya kera
na tidak betul dalam mencuci kemaluannya.

Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a pernah hendak menyolatkan mayat seorang lelaki, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya seseorang untuk membukanya. Alangkah terkejutnya ada seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a mencabut pedang lalu menghampiri ular tersebut untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba-tiba berkata:

”Apakah salahku? Karena aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan”

Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, ternyata dia merupakan seorang yang mengambil mudah dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

Jadi sebenarnya bagaimana cara membersihkan kemaluan kita dengan betul?

Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan dibasuh sekadarnya dengan air dan asalkan bersih.

Cara Mencuci Kemaluan LELAKI bagi hadas kecil :

Selepas membuang air kecil, disunnahkan berdehem tiga (3) kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar.

Setelah itu urutlah kemaluan dari pangkal ke ujung beberapa kali dengan menggunakan tangan kiri, sehingga tiada lagi air kencing yang tertinggal dalam saluran.

Kemudian basuhlah dgn air sampai bersih.

Cara Mencuci Kemaluan WANITA/PEREMPUAN bagi hadas kecil :

Apabila membasuh kemaluannya, hendaklah ia berdehem dan pastikan dicuci bahagian dalamnya dengan memasukkan sedikit jari tengah tangan kiri dan diputar-putarkan sewaktu disiram air bersih.

Bukan dengan hanya menyiram air semata-mata, kerana hanya dengan menyiram air saja tidak dapat membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita secara sempurna.

Mencuci hadas besar bagi LELAKI dan WANITA 

Begitu juga sewaktu akan membasuh air besar /hadas besar (berak), jari-jari tangan kiri yang akan dipakai membersihkan sebaiknya dicuci dengan sabun, terutama bahagian kukunya.

Kemudian sangat penting juga untuk memasukkan satu jari ke dalam dubur. Putarkan beberapa kali supaya najis keluar dari dinding dubur, sambil siram dgn air hingga terasa najis benar2 telah hilang dan bersih.

Sudah betul/sah atau tidak kah cara membersihkan kemaluan kita selama ini? Kalau belum betul/sah, mari bersama-sama kita betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang betul/sah. Kerana khuatir asbab perkara istibro' (menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/ hadas besar), amal dan amalan kita tidak mendapat pahala dan keredaan Allah, semoga amal dan amalan kita diterima dan diredhai Allah.

Rasulullah SAW bersabda:

"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala", aamiin Ya Allah..

Tidak ada kata malu dalam urusan menyampaikan kebenaran Agama dan jangan beranggapan ilmu fiqih/fekah itu mudah, kerana fiqih/fekah itu menjelaskan seperincinya.


Jangan lupa kongsikan bersama kerana ilmu yang bermanfaat perlu kita amalkan bersama dan mendapat ganjaran pahala bersama.

Wallahu a'lam...

Sumber : WhatsApp dan diubahsuai sedikit mengikut bahasa yang sesuai 

Post a Comment

0 Comments