MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Gerhana Matahari Telur Ayam Menjadi Tarikan Orang Ramai



Fenomena gerhana matahari telah berlaku pada 9 Mac 2016 yang mana ketika itu bermula pada jam 7.24 pagi sehingga 10.31 pagi. Gerhana matahari berada di kemuncak pada pukul 8.24 pagi apabila bulan mula menutupi matahari secara perlahan selama kira-kira dua jam dan berakhir sepenuhnya apabila bayangan bulan mula hilang secara perlahan.


Pada 26 Disember 2019 (hari ini) berlaku lagi fenomena gerhana matahari yang di namakan Gerhana Matahari Anulus (cincin), dan Gerhana Matahari Anulus (cincin) ini berlaku selepas 21 tahun.



Apakah persamaan kejadian ini yang menjadi tarikan kepada sebilangan orang, secara dasarnya semua manusia/orang ramai melihat kepada matahari proses kejadian gerhana matahari tersebut. Tetapi pada masa sama TELUR AYAM telah menarik perhatian orang ramai.
 
Demonstrasi secara spontan menggunakan telur ayam untuk menunjukkan secara jelas telur ayam tersebut, mudah ditegakkan apabila diletakkan di atas permukaan jalan.

Berikut dikongsikan faktor penyebab kepada telur ayam mudah ditegakkan apabila kejadian fenomena gerhana matahari:

  1. Tindak balas semulajadi akibat tarikan graviti.
  2. Kesan daripada kedudukan bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garisan yang menyebabkan wujudnya tarikan graviti. 
  3. Dalam keadaan ini, putih telur tertarik ke bahagian atas telur manakala kuning telur yang sedikit berat berada di bahagian bawah sehingga mewujudkan keseimbangan pada telur. 
  4. Saintis berpendapat terdapat garis medan gravitasi antara matahari dan bumi yang mampu mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadikan ia stabil, sekali gus membolehkannya berdiri tegak. 
  5. Garis medan graviti antara matahari dan bumi turut mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadikan telur yang diletak dalam keadaan menegak berada stabil.
Kesemua faktor diatas berdasarkan Tarikan Graviti hanya keadaan dan pergerakkan yang mewujudkan tarikan graviti tersebut.

Bukti kepada kejadian telur ayam ini mudah ditegakkan semasa gerhana matahari 2016 dan Planetarium Negara mengadakan program pencerapan gerhana matahari separa anjuran Agensi Angkasa Negara (Angkasa).

Fenomena Gerhana Matahari Anulus (cincin) 2019 yang diadakan pada Program Cerapan Fenomena Gerhana Matahari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Terengganu di perkarangan Wisma Persekutuan, Terengganu.

Sumber: Palnetarium Negara, Astro Awani & Berita Harian

Post a Comment

0 Comments