MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

12 Orang Penguatkuasa KPDNHEP Diberi Sijil Penghargaan


Perhimpunan Bulan November 2019 yang bertemakan Kementerian Perdaganggan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) "Berbudaya, Berintegriti dan Berinovasi" di mana ketiga-tia tema diraikan telah berlangsung dengan jayanya pada pagi tadi 26 November 2019 di Dewan Serbaguna Aras G,  KPDNHEP Putrajaya.


Seramai 12 orang penguatkuasa KPDNHEP Negeri Sembilan menerima sijil penghargaan dari syarikat S. C  Johnson & Son Sdn Bhd atas kejayaan mereka membongkar dan mematahkan penjualan racun serangga berjenama "Ridsect Advance" berkapasiti 600ml dalam satu operasi barangan tirun di Negeri Sembilan baru-baru ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pegawai yang terlibat dalam operasi ini kata Yang Berhormat (YB) Saifuddin Nasution Ismail.

Penghargaan yang disampaikan oleh pihak syarikat pengeluar itu membuktikan kepercayaan rakyat dan pengguna di atas kredibiliti serta integriti yang dimiliki oleh pegawai-pegawai penguatkuasa di kementerian KPDNHEP.


Turut diadakan majlis penyampaian Sijil Anti Bribery Managment Systems (ABMS)  bersempena sambutan Hari Integriti. Sijil tersebut merupakan sijil di bawah MS ISO: 37991 2018 iaitu sistem pengurusan anti rasuah yang perlu dipatuhi bagi mengurangkan risiko amalan rasuah di peringkat organisasi.

Menteri KPDNHEP YB Saifuddin Nasution Ismail turut menyempurnakan penyerahan tiga (3) buah kenderaan Mobile  Unit STAR  kepada Bahagian Penguatkuasa untuk digunakan bagi keberadaan pegawai-pegawai penguatkuasa di pusat membeli-belah, pasar-pasar awam, dan tempat tumpuan ramai.

Bersempena Dekad Bahasa Kebangsaan 2019. KPDNHEP mengadakan Pertandingan Akhir Pantun Peringkat KPDNHEP yang disertai 16 pasukan daripada kementrian serta agensi-agensi.

Pertandingan akhir melibatkan dua (2) pasukan yang bertanding iaitu Sektor Perdagangan Dalam Negeri dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


Johan bagi pertandingan tersebut jatuh kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Syabas dan Tahniah dinobatkan sebagai pemenang Pertandingan Akhir Pantun Peringkat KPDNHEP.

Selain itu  YB Saifuddin Nasution Ismail juga menyampaikan snugerah kepada pemenang-pemenang pertandingan inovasi yang diadakan oleh KPDNHEP.


Tujuan pertandingan adalah supaya pegawai boleh menampilkan cadangan yang kreatif serta inovatif bagi menambahbaik inisiatif-inisiatif kementerian dan agensi-agensi.

Teruja dengan pelbagai solusi yang inovatif daripada pegawai bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi di kementerian. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pegawai yang menyumbang idea serta usaha dalam pertandingan ini.


KPDNHEP mempunyai pegawai - pegawai yang pelbagai bakat. Antara keutamaan adalah memastikan bakat-bakat ini diasuh dan diberi peluang menyerlah supaya rakyat dan negara boleh turut meraih manfaat kata YB Saifuddin Nasution Ismail mengakhiri ucapan beliau.


Sumber : KPDNHEP& IG saifnasution

Post a Comment

0 Comments