MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kenali Jalur Gemilang


Adalah menjadi kewajiban bagi warganegara Malaysia memahami maksud lambang dan warna bagi Bendera Malaysia. Bersama ini kita  refresh/ulangkaji semula berkenaan maksud Bendera Malaysia atau dikenali sebagai Jalur Gemilang.


Anak Bulan
Membawa maksud Islam sebagai agama rasmi Negara

Bintang Pecah 14
Menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan

Warna Biru
Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum

Warna Kuning
Bermaksud kedaulatan Raja Berpelembagaan

Warna Merah
Melambangkan keberanian dan bersedia dalam menghadapi segala rintangan

Warna Putih
Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan

Bendera Malaysia direkabentuk ciptaan oleh seorang arkitek Jabatan Kerja Raya kerajaan di Johor ketika itu bernama Mohamed bin Hamzah.

Hargailah Bendera Malaysia kerana ia melambang sesebuah negara yang merdeka, untuk mencapai perjuangan merdeka bukanlah mudah, jadi jangan musnahkan kemerdekaan yang kita kecapi hari ini.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Post a Comment

0 Comments