MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Senarai Semakan Menghadiri Konvokesyen


Setiap pelajar universiti/kolej awam/swasta. Apabila tamat pengajian atau pembelajaran dan di sahkan oleh pihak universiti /kolej pada semester akhir lulus dan layak menerima sijil Ijazah /Diploma pada tarikh yang akan dinyatakan oleh pihak pengurusan universiti/kolej untuk menghadiri Konvokesyen.

Berikut di kongsikan keperluan semakan yang perlu sebelum menghadiri hari konvokesyen.

  1. Peka dengan laman sesawang universiti/kolej masing - masing. Di laman sesawang tersebut di sediakan ruangan pengeshaan maklumat pelajar dan pengesahan menghadiri konvokesyen. Sila lengkapkan butiran yang diperlukan oleh pihak universiti/kolej.
  2. Membuat bayaran yuran konvokesyen dan pastikan resit disimpan untuk rujukan sekiranya diperlukan.
  3. Merancang cuti tahunan atau mengambil cuti pada hari konvokesyen bagi memudahkan menghadiri konvokesyen.
  4. Memilih pakaian dan kasut yang bersesuaian dengan majlis konvokesyen dan syarat - syarat yang ditetapkan oleh universiti/kolej.
  5. Menghadiri raptai hari konvokesyen bagi memahami acara pada hari konvokesyen sebenar.
  6. Dapatkan pas kenderaan bagi memudahkan memasuki kawasan universiti/kolej ketika hari konvokesyen.
  7. Membuat tempahan hotel/rumah rehat/motel/asrama dan penginapan yang bersesuaian.
  8. Membuat tempahan tiket kapal terbang/bas sekiranya majlis konvokesyen di adakan pada jarak yang jauh.
Tahniah kepada bakal- bakal graduan yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen yang akan menjelang.

Sumber : KPM,UMS dan Penulis Sendiri 

Post a Comment

0 Comments