MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Fadhilat Selawat Kepada Nabi Muhammad SAW

Dari Anas bin Malik r.a beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda :

"Barang siapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya  sepuluh kali dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa) serta di tinggikan baginya  sepuluh darjat di syurga kelak."

(Hadis Riwayat Ahmad , Nasa'ie dan Al-Hakim)



Dari Abi Umamah r.a, beliau berkata Rasulullah saw bersabda :

"Perbanyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannyadenganku."

(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Dalam satu hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat."

(Hadis Riwayat Tabrani) 

Firman Allah swt yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah dan malaikat - malaikat-Nya berselawat kepada Nabi Muhammad saw. Hai orang - orang yang beriman, berselawatlah kamu kepada Nabi Muhammad saw dan ucapkanlah salam  penghormatan kepadanya".

(Surah Al-Ahzab, ayat 56)

"Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat adalah yang paling banyak berselawat kepadaku". 

(Hadis Riwayat Tirmizi dan dari Abdullah bin Mas'ud r.a)

"Barang siapa yang berselawat kepadaku 100 kali pada hari Jumaat maka is akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya".

(Hadis Riwayat Abu Naim) 

Lazimnya semasa di sekolah dan kelas pembelajaran Agama Islam,  Ustaz-ustaz dan guru-guru menggalakkan kita untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad saw pada hari Jumaat,  kerana pada hari Jumaat ketika itu setiap amalan selawat umat Nabi Muhammad saw akan dipertontonkan kepada Nabi Muhammad saw dan banyak lagi yang istimewanya selawat pada hari Jumaat.

Sumber : Panduan Selawat dan IG selawat

Post a Comment

0 Comments