MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Persediaan Komunikasi Menghadapi Bencana



Berikut dikongsikan panduan-panduan berkenaan persediaan menghadapi bencana seperti banjir, kemarau, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya.

Simpan nombor-nombor penting untuk dihubungi di dalam telefon bimbit seperti:-
  1. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri/Daerah, 
  2. Ketua Kampung, 
  3. Bilik Gerakan Banjir dan Pasukan Keselamatan. 
Catatkan di atas kertas print atau tulisan tangan dan lekatkan di kawasan berdekatan dengan telefon rumah, bagi memudahkan untuk menghubungi no.telefon di atas dan mudah di akses

Masukkan sekurang-kurangnya satu nombor ahli keluarga yang terdekat dan tinggal jauh daripada kawasan anda kerana kebiasaanya ia lebih senang untuk membuat panggilan jauh semasa kejadian bencana, berbanding membuat panggilan berdekatan.

Jika mempunyai talian tetap, simpan telefon berwayar di rumah kerana ia masih boleh berfungsi semasa ketiadaan bekalan elektrik

Wujudkan kumpulan media sosial dengan orang hubungan kecemasan untuk berkongsi status terkini dengan mereka, seperti melalui WhatApps, Telegram, WeChat dan seumpamanya.

Sediakan radio yang menggunakan bateri berserta bateri ganti. Setkan/pusingkan radio ke stesen tempatan untuk mendapatkan hebahan semasa mengenai situasi bencana oleh pihak kerajaan/radio/RTM dan lain-lain.

Ikuti akaun sosial media agensi kerajaan tempatan dan badan-badan berkaitan yang lain untuk maklumat terkini atau penting sebelum , semasa, dan selepas bencana.

Rancang supaya semua telefon bimbit dan bank kuasa (power bank) yang ada dikumpulkan semasa bencana dan hanya digunakan untuk urusan penting sahaja. Ia membantu mengurangkan keperluan untuk mengecas bateri telefon terutama semasa ketiadaan bekalan elektrik.

Jelaskan rancangan pengurusan bencana kepada keluarga dan rakan-rakan.
 

Sumber: SKMM_MCMC

Post a Comment

0 Comments