MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Asal Usul Hajar Aswad



Soalan:

Benarkah Hajar Aswad Dari Syurga?

Jawapan:

Hajar Aswad iaitu batu yang berada pada penjuru Kaabah itu memang benar berasal dari Syurga kerana begitulah Rasulullah saw menceritakan kepada kita:

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a berkata:

Ertinya: “ Telah bersabda oleh Rasulullah saw : Telah turun Hajar Aswad itu dari Syurga. Dan ia adalah terlebih putih dari susu kemudian telah menghitamkannya oleh dosa-dosa manusia.”

Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan berkata Imam Tirmizi dan berkata Imam Tirmizi ini ialah hadis hasan lagi sahih.

Imam Al-Baghawi meriwayatkannya dalam kitab Syarh As-Sunnah dan berkata sanadnya adalah sahih.

Juga diriwayatkan oleh Imam Ibnu Munzir dalam kitab Ar-Targhib Wat-Tarhib katanya sanadnya adalah sahih atau hasan.

Dan telah mengsahihkan dia juga oleh Imam Ibnu Khuzaimah dan begitu juga Imam Ad-Dhia’ Al-Muqaddasi pada kitab Al-Mukhtarah.

Imam As-Suyuthi meriwayatkan dalam kitab Jami’us Saghir dengan sanad yang sahih.

Imam Al-Baihaqi telah meriwayatkan hadis ini dalam kitab Syu’abul Iman dengan lafaz:

Ertinya: “Bermula Hajar swad itu daripada Syurga. Dan adalah ia lebih sangat putih daripada salji sehingga telah menghitamkannya oleh dosa segala orang musyrikin.”

Wallahua’lam

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Post a Comment

0 Comments