MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Majlis Pelancaran Pelaksanaan E-Wallet KKM




Menteri Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad telah merasmikan Majlis Pelancaran e-wallet (Boost) di Klinik Kesihatan Cheras, Kula Lumpur hari ini (26 November 2019).



KKM menerima bilangan pesakit berbayar yang ramai di klinik kesihatan seluruh Malaysia iaitu :-
  1. Pada tahun 2017 seramai 20.85 juta orang. 
  2. Pada tahun 2018 seramai 20.84 juta orang.
  3. Setakat bulan September 2019 seramai 15.58 juta orang
Kehadiran pesakit yang ramai tersebut adalah disebabkan perkhidmatan berkualiti yang diberikan oleh KKM dengan kadar caj yang paling rendah.


Warganegara menikmati perkhidmatan yang diberikan pada kadar caj pendaftaran sebayak RM1 bagi perkhidmatan kesihatan am dan caj pendaftaran sebanyak RM5 bagi perkhidmatan pakar di Jabatan Pesakit Luar Pakar. Caj yang dikenakan juga termasuk caj perundingan, siasatan dan ubatan.

Ini Jelas menterjemahkan kerajaan memberi subsidi yang amat besar bagi perkhidmatan kesihatan kepada rakyat Malaysia.

Melalui penggunaan e-wallet (Boost), pesakit yang datang mendapatkan rawatan di klinik-klinik kesihatan mempunyai pilihan untuk menggunakan aplikasi Boost dalam membuat pembayaran selain secara tunai, kad kredit dan kad debit.


Penggunaan aplikasi Boost ini memudahkan dan dapat mengurangkan masa pendaftaran serta masa menunggu di kaunter-kaunter pendaftaran serta seterusnya meningkatkan penyampaian perkhidmatan di klinik-klinik kesihatan.

KKM telah mula melaksanakan penggunaan Boost secara rintis pada bulan September 2019 di empat (4) klinik kesihatan iaitu:-
  1. Klinik Kesihatan Cheras 
  2. Klinik Kesihatan Kuala Lumpur 
  3. Klinik Kesihatan Presint 18 Putrajaya 
  4. Klinik Kesihatan Seremban
Seterusnya, penggunaan e-wallet (Boost) tersebut akan diperluaskan ke klinik-klinik kesihatan serta hospital-hospital secara berfasa.

Kementerian berharap semua fasiliti KKM dapat menggunakan dan menikmati kemudahan mekanisme e-wallet (Boost) dalam urusan pembayaran bil dalam tempoh jangkamasa dua hinggga tiga tahun akan datang.

Baca juga : KKM Perkenalkan E-Wallet

Baca juga : E-Wallet & Jenis E-Wallet

Sumber : KKM

Post a Comment

0 Comments