MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Program Pembangunan Kampong Bharu, Kuala Lumpur









Kawasan Kampung Baru seluas 90.2 hektar .Usianya lebih 110 tahun iaitu sejak perlombongan bijih timah oleh Raja Sapar dan Raja Jumaat.Penduduknya seramai 35,000 orang meliputi 7 buah kampung. Pemilik tanah pula adalah lebih kurang 1,000 orang. Penduduk Kampung Baru menyambut ulang tahun ke-110 pada 12 Januari 2010.

Pada 2010, nilai tanah di Kampung Baru hanya di sekitar RM350 sekaki persegi (0.09 meter persegi) sahaja sedangkan kawasan seperti KLCC sudah melebihi RM2,000 kaki persegi. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menjangkakan nilai tanah di kawasan itu boleh melebihi RM20 bilion jika penduduk menerima konsep pembangunan sepenuhnya.

Pembangunan semula Kampung Baru, Kuala Lumpur sentiasa menjadi isu panas dari semasa ke semasa sehinggalah ia dikuasai oleh Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008.

Kampung Baru Kuala Lumpur dihuni oleh majoriti orang Melayu bandar raya. Sungguhpun Kampung Baru terletak di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur, tetapi keadaannya sangat daif - jalan raya sempit, rumah sesak bagai setinggan dan kemudahan infrastrukturnya kurang walaupun berhampiran dengan ibu pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Pelbagai usaha pembangunan di sini terbantut dan terbengkalan kerana penduduk kurang yakin . Biasanya pemaju sasta memberi nilaian tanah yang rendah dan tidak berbaloi.

Kini, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Wilayah Persekutuan telah membuat tawaran baru untuk pembelian tanah Kampong Bahru daripada RM850 kepada RM1,000 untuk sekaki persegi.

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad berkata ia tawaran yang cukup baik yang akan melahirkan beribu jutawan Melayu dan boleh menghasilkan penambahan hak milik Melayu di Kuala Lumpur dan harga Rm1,000 satu kaki persegi yang ditawarkan adalah adil dan sangat baik untuk penduduk.

Perbezaan Rm150 sekaki persegi itu adalah untuk nilai saham yang akan diapungkan dalam syarikat tujuan khas, Special Purpose Vehicle (SPV) yang akan ditubuhkan kerajaan.

Kerajaan turut menawarkan potongan harga 15% kepada pemilik tanah yang memilih untuk membeli hartanah dalam pembangunan yang akan dilakssanakan kelak.

Pemilik diminta untuk mengemukakan borang maklum balas mengenai persetujuan pembangunan semula Kampung Baru.

Sila layari http://www.pkb.gov.my untuk muat-turun borang maklum balas.

Tarikh akhir serahan boring maklumbalas dilanjutkan ke 30hb November 2019.

Kerajaan Malaysia menyeru pemilik tanah mengemukkan sebarang cadangan dan maklumbalas mengenai persetujuan pembangunan semula Kampung Bharu.

Sumber: Wikipedia, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu & IG japenmalaysia

Post a Comment

0 Comments