MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Cakna Diabetes Keluarga Prihatin, Kesihatan Terjamin


Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menghadiri Majlis Perjumpaan Bulan November 2019, bertempat di Dewan Serbaguna Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini 13 November 2019.
 
Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Dr. Lee Boon Chye dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah.

Tema perjumpan bulan November kali ini ialah :Cakna Diabetes: Keluarga Prihatin, Kesihatan Terjamin" sangat bertepatan dengan Hari Diabetes Sedunia yang disambut pada 14 November setiap tahun di peringkat global.

Oleh itu , amalan pemakan sihat perlu diamalkan oleh semua terutamanya oleh seisi keluarga bagi melahirkan masyarakat yang sihat selaras dengan hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kajian daripada Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) melaporkan pada tahun 1996 kelaziman diabetes dikalangan dewasa mencatatkan 11.6% tetapi pada tahun 2015 kepada 17.5% bersamaan 3.6 juta rakyat Malaysia dewasa menghidap diabetes.
 
Penyakit diabetes ini lazimnya berpunca daripada pemaknaan yang mengandungi gula berlebihan dan pengambilan dula dalam kuantiti yang lebih oleh penghidapnya.

Kempen 'Suku Suku Separuh' merupakan inisiatif kerajaan menggalakkan pemakanan secara sihat di dalam pengambilan makanan harian.

Konsep Pinggan Sihat Malaysia yang diperkenalkan juga sebagai medium visual mudah dalam merancang pengambilan makanan mengikut kuantiti yang betul dalam satu hidangan mengikut kumpulan makanan dan  mengamalkan pengambilan air kosong berbanding minuman manis.

Amalkan pemakanan yang sihat dan kerap bersukan untuk mengimbangi pemakanan dan keperluan kesihatan tubuh badan.

Sumber: KKM

Post a Comment

0 Comments