MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Orang Islam Menghantar Jenazah Bukan Islam


Berkata Imam Nawawi:

Ertinya: "Dan ulamak telah menyunatkan membaca quran disisi kubur kerana hadis tersebut. Dari kerana bahwasanya apabila diharapkan keringanan dengan sebab tasbih pelepah kurma maka bacaan quran adalah lebih utama."

(Kitab Syarah Sahih Muslim)

Dan berkata Mufti Mesir Dr Syauqi Ibrahim ' Allam:

Ertinya: "Bacaan quran atas orang yang telah mati dan menjadikan pahalanya kepada mereka adalah termasuk perkara yang disyariatkan yang telah datang banyak dalil yang sahih daripada Quran dan Sunnah Nabi yang mulia dan telah diamalkan dari sejak zaman salaf solih dari sekelian muslimin berkurun-kurun tanpa diingkarkan.

Inilah yang muktamad disisi ashab segala Mazhab yang diikuti samada ketika seorang itu hampir mati atau selepas matai atau ketika solat jenazah atau selepas jenazah atau ketika ditanam atau kemudian daripada ditanam.

Barang siapa mendakwa ianya sebagai bidaah maka orang itulah yang lebih dekat kepada tukang bidaah. Dan tiadalah harus ingkarkannya selepas mengetahui ia disyaratkan.' 

Wallahua'lam.

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Post a Comment

0 Comments