MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Anugerah Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2019


Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia YB Gobind Singh Deo merasmikan Program Pengukuhan Jaringan Strategik  Hari Kebangsaan 2019 dan menyempurnakan penyampaian Anugerah kepada Pemenang Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2019.

Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan merupakan acara tahunan Jabatan Penerangan Malaysia di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini (2019) dan mendapat penyertaan dari seluruh negeri.


Aspek penilaian utama yang diambil kira dalam menentukan bagai 9 kategori yang di pertandingkan di antaranya:-
  1. Suasana keceriaan sambutan kemerdekaan 
  2. Kreativiti pengibaran jalur gemilang di kampung/bangunan/premis masing-masing .
Berikut adalah senarai pemenang bagi kategori yang dipertandingkan:-

Johan Kategori Bangunan Kerajaan - Majlis Perbandaran Manjung Perak.

Johan Kategori Bangunan Swasta - Sedidik Mutiara Balingian, Sarawak.



Johan Kategori Kediaman (Individu) - Encik Muhammad Muazzaman Othman.


Johan Kategori Kampung - Kampung Padang Benta, Perlis.


Johan Kategori Sekolah Rendah - Sekolah Kebanggaan Tengku Ampuan Intan, Terangganu.


Johan Kategori Sekolah Menengah - Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah. 


Johan Kategori Taman Perumahan - Taman Perdana Peramu Jaya,  Pahang. 



Johan Kategori Pintu Gerbang - Kampung Bukit Kechik, Kelantan.


Johan Kategori Institusi Pengajian Tinggi - Institut Kemahiran Mara Sik, Kedah.


Tahniah diucapkan kepada pemenang, semoga semangat cintakan kemerdekaan disemarakkan disemua peringkat kerana Malaysia adalah negara kita yang merdeka.

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia 

Post a Comment

0 Comments