MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kempen Riben Biru 2019


Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad merasmikan Majlis Anugerah dan Pengiktirafan Kempen Riben Biru yang berlangsung di Putrajaya malam tadi (22 November 2019).

Dalam ucapannya beliau menyentuh fakta jumlah kematian dalam kalangan individu atau kumpulan yang produktif sebagai pekerja akibat rokok adalah pada tahap yang membimbangkan dengan kadar kematian sebanyak 20,000 setahun.


Merujuk kepada Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan 22.8% atau 5 juta rakyat Malaysia berumur 15 tahun dan ke atas adalah perokok dengan mereka yang berumur 20 tahun hingga 54 tahun adalah perokok tertinggi dan majoritinya lelaki.

Tabiat merokok juga merupakan faktor utama kepada risiko penyakit jantung dan saluran pulmonari yang menyumbang kepada 15.7% kematian daripada 20,000 kematian yang direkodkan. Senario ini hakikatnya merugikan negara kerana golongan ini merupakan golongan yang masih produktif sebagai pekerja yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan.

Justeru Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad  dan KKM menyambut baik inisiatif pelaksanaan Kempen Riben Biru sebagai program pemangkin kepada pengurangan amalan merokok dalam mewartakan tempat awam sebagai Kawasan Larangan Merokok.

Tan Sri Tony Fernandes CEO AirAsia Group dipilih sebagai pemenang Anugerah Pencapaian Cemerlang Kempen Blue Ribbon pada tahun ini. 

Ucapan tahniah juga diberikan kepada badan-badan korporat seperti AirAsia, Kumpulan Sunway, Tenaga Nasional Berhad dan CIDB serta komuniti-komuniti, NGO dan universiti-universiti tempatan dalam menyokong usaha menjadikan tempat awam dan tempat kerja sebagai Kawasan Larangan Merokok.

Sumber : IG drdzulkeflyahmad

Post a Comment

0 Comments