MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Milo Kotak Didakwa Ada Usus Babi


Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malayaia (JAKIM) telah mendapat maklumbalas berkenaan isu produk Milo Kotak didakwa mengandungi sesuatu seakan "usus babi". Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh pihak Nestle Malaysia, ianya adalah gumpulaan susu yang terjadi akibat produk telah rosak.

Walau bagaimanapun pihak Nestle Malayaia masih belum dapat menghubungi individu yang menularkan kejadian terbabit menerusi rakaman video untuk disiasat punca berlakunya gumpalan.

Sekiranya pengguna turut mengalami kejadian yang sama, sila hubungi Perkhidmatan Pengguna Nestle di talian: 1800883433 atau https://www.nestle.com.my/aboutus/our-halal-commitment.

Pengguna juga boleh merujuk Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di https://fsq.moh.gov.my/v6/xs/indek.php untuk mengetahui informasi lanjut berkenaan isu-isu keselamatan dan kualiti makanan yang berada di Malaysia.

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.

Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

Adalah dinasihatkan kepada pengguna yang budiman agar mendapatkan informasi yang sahih dan sekiranya membuat aduan merujuk dan aduan tersebut disalurkan kepada pihak berwajib yang berkaitan dan elakkan menularkannya bagi mengelakkan berlakunya salah faham pengguna lain. Pengguna juga adalah digalakkan menyemak dahulu (Tabbayun) sebelum mempercayainya.

Yakini Halal Malaysia

Sumber: JAKIM 

Post a Comment

0 Comments