MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Berbual Ketika Makan


Berbual/bercakap ketika sedang menjamu makanan adalah diharuskan bahkan para ulamak mengatakan dengan sunat berbual ketika sedang makan kerana ia menjinakkan dan menambahkan kemesraan sesama teman yang makan.

Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a. : 

"Bahawasanya Nabi saw telah bertanyakan isterinya tentang lauk untuk dimakan lalu mereka menjawab: Kami hanya mempunyai cuka. Maka Nabi saw memintanya kemudian memakannya dan berkata : Sebaik baik lauk ialah cuka. Sebaik-baik lauk ialah cuka."

(Hadith Riwayat Muslim)

Telah berkata oleh Imam Nawawi: "Pada hadith ini menjadi dalil disunatkan bercakap ketika makan kerana menambah kemesraan sesama orang-orang yang makan." 

(Kitab Syarah Sahih Muslim)

Wallahua'lam...

Sumber : Instagram Ustaz Azhar Idrus

Post a Comment

0 Comments