MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Idustri Katering Malaysia


Industri katering di Malayisa sebenarnya telah lama dijalankan samaada secara kecil-kecilan atau besar-besaran bergantung kepada faktor kewangan dan pengurusan pengusaha katering tersebut.

Namun pada hari ini industri ini berkembang dengan sangat pesat dan memberikan sumbangan kepada negara Malaysia.

Sumbangan industri katering dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK):-
  • Tahun 2010 KDNK bernilai RM 3.6 billion 
  • Tahun 2015 KDNK bernilai RM 5.8 billion
  • Tahun 2020 KDNK dianggarkan bernilai RM 9 billion
Industri katering ini juga  telah mengwujudkan peluang pekerajaan kepada rakyat Malaysia dan sebagai contoh artis dari Akademi Fantasia Mila Jirin (Bizmilla Catering ) telah membuka perniagaan berasaskan katering dan medium pemasaran melalui internet, media sosial, instagram dan facebook.

Walau bagaimanapun perkembangan pesat industri ini telah menyebabkan peningkatan aduan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dan memerlukan Pelan Tindakan Industri Katering (PETIK) 2020 bagi mengatasi salah laku pemain industri dan memastikan hak-hak pengguna terus terpelihara serta memastikan industri ini berkembang dengan baik, diantara 3 teras utama tersebut adalah:-
  1. Teras 1- Membangunkan Ekosistem Perkhidmatan Katering Berasaskan Kepentingan Pengguna
  2. Teras 2- Menggerakkan Industri Katering Dengan Lebih Berdaya Saing, Progresif dan Mapan.
  3. Teras 3- Manjadikan Katering Sebagai Salah Satu Kerjaya Pilihan Anak Muda.
Sumber: KPDNHEP Malaysia

Post a Comment

0 Comments