MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Syarikat Terbaik Untuk Berkerja di Malaysia



Air­Asia Bhd., Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), Bank Islam Malaysia Bhd. dan Nestle (Malaysia) Bhd. tersenarai dalam 75 syarikat komersial terbesar di dalam negara.

Senarai syarikat diumumkan oleh Randstad Malaysia itu bersaing mengejar gelaran majikan paling menarik di Malaysia, berdasarkan Kajian Jenama Majikan Randstad 2019.

Menurut Randstad, kajian tahunan itu dijalankan secara bebas oleh Kantar TNS dan pada tahun ini, lebih 2,504 pekerja dan pencari kerja ­telah ditinjau di Malaysia.

Katanya, kajian itu bertujuan memahami apa yang pencari kerja mahukan terhadap majikan ideal dan mengukur persepsi mereka terhadap 75 majikan komersial terbesar (berdasarkan saiz tenaga kerja tempatan).

“Antara aspek yang diukur seperti kesedaran jenama dan daya tarikan jenama bagi setiap syarikat komersial seterusnya responden dikehendaki menilai majikan berdasarkan 10 pemacu nilai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Syarikat paling menarik untuk bekerja di Malaysia 2018 adalah Petronas diikuti Shell Malaysia dan Nestle Malaysia.

Pemenang bagi Anugerah Jenama Majikan Randstad 2019 akan diumumkan pada Julai depan.

Syarikat paling menarik untuk bekerja di Malaysia pada 2018

-Petroliam Nasional Bhd. (Petronas)
-Shell Malaysia
-NestlƩ (Malaysia) Bhd.

Antara syarikat komersial terbesar 2019

• AirAsia Bhd.
• Astro Holdings Sdn. Bhd.
• Bank Islam Malaysia Bhd.
• Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat)
• DRB-Hicom Bhd.
• Malayan Banking Bhd. (Maybank)
• Malaysia Airlines Bhd.
• Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Bhd. (Perodua)
• Petroliam Nasional Bhd. (Petronas)
• Telekom Malaysia Bhd.
• Tenaga Nasional Bhd.

Sumber: Randstad

Post a Comment

0 Comments