MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Puasa Sunat Enam (6) Syawal



Firman Allah Ta’ala :
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183) 

Pengertian Puasa

Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Islam adalah agama yang menyediakan ruang yang terlalu banyak dalam merebut ganjaran pahala kepada penganutnya. 

Berakhirnya puasa di bulan Ramadhan, kini bulan Syawal menjelma yang mana menyediakan amalan Puasa Sunat Enam (6) Syawal.

Diantara Puasa Sunat :
  1. Puasa dalam bulan Sya’ban
  2. Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
  3. Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
  4. Puasa hari Tasu’a dan‘Asyura pada 9 dan 10 Muharram
  5. Puasa pada hari Isnin dan Khamis
  6. Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 dan 15
  7. Puasa satu hari berbuka satu hari
  8. Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
  9. Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab
Niat Puasa Sunat Enam (6) Syawal



Untuk keterangan lanjut berkenaan kaifiat/tatacara dan hikmah Puasa Sunat Enam (6) Syawal, Klik

Post a Comment

0 Comments