MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Brazil vs Bolivia Copa America 2019




Brazil selaku tuan rumah Piala Copa America 2019 menewaskan Bolivia dengan jaringan 3-0 dalam aksi pembukaan pada pagi tadi (15.06.2019).

Brazil yang diletakkan dalam kumpulan A memakai jersi berwarna biru putih manakala Bolivia berwarna hijau.
Jaringan 2 gol disumbangkan oleh penyerang Philippe Coutinho (pemain kelab Barcelona).

Pemain gantian, Everton pula melengkapkan kemenangan bergaya Brazil dengan gol ketiga lima minit sebelum permainan tamat sekaligus memberikan permulaan baik buat tuan rumah.

Bagaimanapun kemenangan tersebut tidak dicipta dengan mudah kerana skuad bimbingan Tite ini lebih dulu diejek penyokong sendiri di babak pertama sebelum jaringan pembukaan Coutinho membuatkan mereka terdiam sehingga tamat perlawanan.

Sumber: AFP

Post a Comment

0 Comments