MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Extradisi


Ekstradisi

Serah balik ialah proses rasmi di mana satu negara atau negeri meminta dan dapat dari negara atau negeri lain penyerahan penjenayah yang disyaki atau dihukum. Antara negara, ekstradisi dikawal oleh perjanjian. Antara kawasan subnasional (sebagai contoh, negeri-negeri di Amerika Syarikat), di mana ekstradisi diperlukan mengikut undang-undang dan lebih tepat dirujuk sebagai rendisi.

Perjanjian serah balik

Sepersetujuan dalam undang-undang antarabangsa adalah bahawa setiap negara tidak diwajibkan menyerahkan mana-mana penjenayah kepada negara asing. Ini berdasarkan salah satu prinsip kedaulatan yang memberikan setiap negara autoriti undang-undang terhadap orang-orang di dalam sempadannya. Ketiadaan kewajipan antarabangsa tersebut serta keinginan negara untuk memperoleh hak menuntut penjenayah negara asing telah menyebabkan banyak perjanjian serah balik diikat; kebanyakan negara di seluruh dunia telah mengikat perjanjian serah balik dwipihak dengan negara-negara yang lain. Walaupun demikian, masih tidak adanya satu negara di dunia ini yang berjaya mengikat perjanjian serah balik dengan semua negara yang lain; misalnya, Amerika Syarikat masih tidak mempunyai perjanjian serah balik dengan melebihi 50 buah negara, termasuk Republik Rakyat China, Namibia, dan Korea Utara.

Adanya dua jenis perjanjian serah balik, iaitu perjanjian senarai dan perjanjian dwikriminaliti. Yang paling biasa dan tradisional ialah perjanjian senarai yang mengandungi senarai jenayah yang boleh mengakibatkan serah balik. Perjanjian dwikriminaliti yang diamalkan sejak dekad 1980-an umumnya membenarkan penyerahan balik seseorang penjenayah yang disyaki hanya jika hukuman yang terbabit melebihi setahun pemenjaraan dalam kedua-dua negara. Kekadangnya, tempoh pemenjaraan yang disetujui antara kedua-dua negara itu berbeza-beza. Bagi kedua-dua jenis perjanjian, jika sesuatu kesalahan yang dilakukan bukannya jenayah dalam kedua-dua negara, maka kesalahan yang dilakukan itu tidak akan menyebabkan penyerahan balik.

Secara amnya, setiap perjanjian serah balik memerlukan negara yang meminta penyerahan balik membuktikan bahawa:-
  1. Jenayah yang berkenaan adalah cukup serius.
  2. Terdapatnya kes prima facie terhadap orang yang dimintai. 
  3. Kesalahan yang berkenaan merupakan jenayah di kedua-dua negara.
  4. Orang yang diserah balik boleh menerima pembicaraan yang agak adil di negara penerima.
  5. Hukuman yang mungkin dikenakan adalah setimpal dengan jenayah yang dilakukan.
Amalan Negara

Amalan negara (state practice) mengenai ekstradisi pada masa ini, apabila sebuah negara (negara A) meminta sebuah negara lain (negara B) menghantar (atau menghantar balik) seorang individu ke negaranya, negara B tidak ada kewa­jipan melayan permintaan itu ke­cuali wujud satu perjanjian ekstradisi di antara dua negara tersebut.

Jika negara A meminta negara B menghantar individu berkenaan untuk menjalani satu prosiding jenayah di negara A, negara B lazimnya tidak akan melayan permintaan itu ke­cuali perbuatan yang dikatakan satu jenayah di negara A itu juga menjadi satu jenayah di negara B. Prinsip undang-undang antarabangsa ini dipanggil ‘double criminality rule’.

Jika negara A meminta negara B menghantar individu berkenaan untuk menjalani hukuman yang telah pun diputuskan oleh mahkamah di negara A, lazimnya negara B tidak akan melayan permintaan itu sekiranya individu itu akan menjalani hukuman mati – sekalipun antara negara A dan negara B itu telah wujud satu perjanjian ekstradisi. Antara negara yang mengamalkan prinsip ini adalah Australia, New Zealand, Kanada, Afrika Selatan dan kebanyakan negara di Eropah.

Kes-kes yang melibatkan permintaan Extradisi

Sirul Azhar Umar – Rakyat Malaysia yang menetap di Australia dikaitan dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Zakir Naik – Rakyat India didakwa oleh kerajaan India terlibat dengan penggubahan wang haram, kini menetap di Malaysia dan pemegang taraf Penduduk Tetap (PR).

Kedua-dua kes diatas tertakluk kepada negara di mana mereka tinggal berdasarkan state practice negara tersebut mempunyai kedaulatan undang-undang masing-masing untuk menentukan seseorang itu boleh di extradisi atau tiada keperluan untuk di extradisi.

Rang Undang-Undang Extradisi

Terkini Hong Kong sedang dalam pembentangan Rang Undang-Undang di Parlimen dan mendapat tentangan dari rakyatnya sendiri.

Penggubal undang-undang bakal memulakan sesi perbahasan rang undang-undang itu di Parlimen yang di dominasi mereka yang setia kepada Beijing.

Keputusan undian akhir hanya akan diketahui selewat-lewatnya pada 20 Jun 2019.

Sumber: Wikipedia dan akhbar tempatan

Post a Comment

0 Comments