MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Prayut Chan-O-Cha Perdana Menteri Thailand



Negara Thailand hari ini (13.06.2019) mengistiharkan perlantikan Ketua Junta, Prayut Chan-O-Cha secara rasmi sebagai Perdana Menteri Thailand ke-29, selepas dekri diraja dikeluarkan bagi menyokong pelantikannya.

Pemimpin berusia 65 tahun itu turut berjanji akan mendengar suara rakyat dan melindungi institusi monarki.

Pelantikan Prayut melengkapkan peralihan daripada seorang pemimpin tentera kepada pemimpin awam yang menjanjikan dasar pentadbiran berasaskan kasih-sayang, perpaduan dan belas kasihan.

“Saya akan menggalakkan persekitaran lebih aman bagi membentuk masyarakat yang bersatu padu di negara ini, berasaskan kasih sayang, perpaduan dan belas ihsan,” kata Prayut selepas dekri diraja dibacakan di Rumah Kerajaan.

Pada masa sama, beliau berjanji untuk mendengar suara rakyat dan melindungi monarki.

Terdahulu, sebelum berucap, Prayut dilaporkan berlutut sambil memberi tunduk hormat beberapa kali di hadapan potret Raja Maha Vajiralongkorn. 

Sumber: AFP

Post a Comment

0 Comments