MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Bola Keranjang


 
Basketball atau dikenali dengan nama  Bola keranjang di Malaysia dikategorikan sebagai permainan “SUKAN” di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5 pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang (atau bakul) lawan masing-masing berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan mengikut Undang-Undang Bola Keranjang    Antarabangsa sebagaimana yang ditetapkan oleh FIBA.

Pasukan yang mempunyai mata yang terbanyak adalah dikira sebagai pemenang perlawanan tersebut.

Mata/markah

Pungutan mata diperolehi melalui lontaran bola keranjang ke jaringan/bakul pihak lawan dan mempunyai perbezaan kiraan mata jaringan:-
  1. Lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan kiraan 2 mata
  2. Lontaran di luar lengkungan kiraan 3 mata
  3. Setiap free throw akan diberikan satu (1)mata
Selepas  jaringan  gol  atau  jaringan  bebas  akhir  yang  berjaya,  pasukan bertahan akan memulakan permainan dengan mengelecek atau menghantar bola  terus  dari  dalam  gelanggang  bawah  keranjang  ke  satu  tempat  di  luar garisan lengkung.

Jika  jaringan  tidak  berjaya,  pasukan  penyerang  (offensive  team)  yang memperoleh  bola  pantulan  (rebound)  boleh  meneruskan  permainan  tanpa terlebih dahulu menghantar bola tersebut ke luar garisan lengkung.

Jika  jaringan  tidak  berjaya,  bola  yang  terkena  keranjang  gol  atau  melantun hasil   dari   percubaan   membuat   jaringan   (rebound)   diperolehi   pasukan bertahan (defensive team), bola itu mestilah terlebih dahulu dihantar semula ke  luar  garisan  lengkung  kepada  pemain  sepasukanya  sebelum  membuat serangan.

Dalam keadaan bola mati, ‘check-ball’ perlu dilakukan di belakang garisan lengkung.
Apabila  berlaku  rebutan  bola  (jump  ball  situation),  hak  bola  dan  lontaran masuk akan diberi kepada pasukan bertahan.

Kesalahan(Foul)

Satu-satu  pasukan  dianggap  dalam  situasi  penalti  (penalty  situation)  apabila pasukan tersebut melakukan 6 kali kesalahan (foul)

Pasukan  yang  melakukan  kesalahan  (foul)kali  ke  7,  8  dan  9akan  dikenakan  penalti dua (2) jaringan bebas (free throw)

Pasukan  yang  melakukan  kesalahan  (foul) kali  ke  10  dan  seterusnya akan dikenakan    penalti  dua  (2)  jaringan  bebas  (free  throw)  dan penguasaan  bola(ball possession)

Pertukaran Pemain

Pertukaran pemain tidak memerlukan sebarang tindakan dari pengadil ataupun pegawai meja (table official)

Pemain  simpanan  boleh  memasuki  gelanggang  setelah  pemain  sepasukannya melangkah keluar dan bersentuh fizikal dengannya

Dalam situasi dead ball,keutamaan untuk check ball terlebih dahulu

Time Out

Setiap pasukan diberi satu time-out dan boleh membuat pertukaran pemain dalam situasi dead-ball. Setiap time-out yang diberi adalah selama 30 saat.

Gelanggang Permainan 

Permukaan gelanggang adalah 15m (lebar) x 11m (panjang)*separuh gelanggang sebenar

Sejarah Bola Keranjang

Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892. Permainan ini dicipta oleh Dr. James Naismith yang merupakan seorang jurulatih di sekolah latihan Pertubuhan Belia Pemuda Kristian dan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej Springfield (dahulu dikenali sebagai sekolah untuk pekerja Kristian). Mss. Luther H. Gulick, ketua bidang sukan sekolah tersebut telah memberi Naismith tugas untuk mencipta satu permainan berpasukan yang boleh dimainkan semasa musim sejuk. Oleh itu, permainan ini harus dimainkan dalam gelanggang sesebuah bangunan.

Untuk permainan baru ini, James Naismith menggunakan bola yang digunakan untuk permainan bola sepak. Ini disebabkan oleh saiz bola tersebut yang cukup besar dan mudah untuk ditangkap. Naismith meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah tersebut untuk menyediakan dua kotak besar sebagai gol. Namun begitu, pegawai tersebut tidak mempunyai dua buah kotak seperti yang diminta oleh Naismith. Oleh itu, Naismith telah menggunakan dua buah bakul untuk permaianan ini. Kedua-dua bakul tersebut dipasang pada balkoni gimnasium kira-kira 10 kaki dari aras tanah. Permainan bola keranjang pertama yang tercatat berlangsung antara pelajar-pelajar Naismith dalam kelas beliau pada Disember 1891. Naismith telah menamakan permaianan ciptaannya, basketball (Bahasa Melayu:Bola Keranjang).

Markah diberikan kepada pemain pasukan yang menjaringkan bola di petak lawan. Pasukan yang memperolehi markah tertinggi akan menjuarai permainan tersebut.

Selepas permainan eksperimen pertama, Naismith telah menyediakan draf peraturan pertama untuk permainan bola keranjang yang mengandungi 13 fasal. Peraturan-peraturan ini diterbitkan dalam surat khabar sekolah, The Triangle pada 15 Januari 1892. Permainan ini mendapat sambutan ramai melalui penerbitan ini. Tidak lama kemudian, bola keranjang mula dimainkan oleh pasukan Pertubuhan Belia Pemuda Kristian, sekolah menengah, kolej, universiti, dan pasukan professional dari Amerika Syarikat dan Kanada.

Permainan rasmi yang pertama pula berlangsung di gimnasium Pertubuhan Belia Pemuda Kristian pada tarikh 20 Januari 1892. Hanya ada 9 orang pemain sahaja yang dibabitkan dalam permainan ini dalam gelanggang bola keranjang yang hanya separuh saiz gelanggang National Basketball Association pada hari ini.

NBA Standing World: NBA Standing World

Sumber: Wikipedia & MASUM 

Post a Comment

0 Comments