MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Rizab BNM Meningkat Pada April 2019

Negara Malaysia mencatatkan kenaikan Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) daripada  US$103 bilion yang dicatatkan pada 29 Mac 2019 kepada US$103.5 bilion pada 15 April 2019.

BNM berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.7 bulan import tertangguh dan 1.0 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa pada 15 April 2019 terdiri daripada:-

  1. Rizab mata wang asing sebanyak US$97.3 bilion.
  2. Rizab Tabung Kewangan Antarabangsa US$1.1 bilion.
  3. Rizab Hak Pengeluaran Khas (SDR) US$1.1 bilion.
  4. Rizab Emas US$1.6 bilion, dan 
  5. Lain-lain Aset Rizab US$2.4 bilion.

Aset termasuk emas, pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR iaitu sebanyak RM422.27 bilion.

Kertas kerajaan Malaysia RM2.28 bilion.

Deposit dengan institusi kewangan RM402.62 juta.

Pinjaman dan pendahuluan RM7.16 bilion.

Tanah dan bangunan RM4.17 billon, dan 

Aset-aset lain RM16.44 bilion.

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar RM100 juta.

Rizab RM132.29 bilion.

Mata wang dalam edaran RM107.12 bilion.

Deposit oleh institusi kewangan RM163.18 bilion.

Deposit kerajaan persekutuan RM19.92 bilion.

Deposit lain RM625.76 juta.

Kertas Bank Negara RM20.18 bilion.

Peruntukan SDR RM7.61 bilion, dan 

Liabiliti lain RM1.66 bilion.

Sumber : Bernama 




Post a Comment

0 Comments