MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Volodymyr Zelensky Presiden Ukraine 2019



 
Pada zaman sekarang tiada sesiapa boleh menyangka kehidupan sesorang walaupun latarbelakang berbeza dengan status jawatan yang disandangnya sebagai contoh individu bekas pemain Kriket negara Pakistan, Imran Khan hari ini beliau memegang status sebagai Perdana Menteri negara Pakistan.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald John Trump adalah ahli perniagaan dan bintang dalam rancangan realitinya sendiri, The Apprentice tetapi hari ini beliau memegang status sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).

Negara Ukraine telah memilih Volodymyr Zelensky sebagai presiden Ukraine seorang pelawak yang tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam pentadbiran kerajaan pada mulanya, tetapi apabila beliau memenangi pilihan raya presiden Ukraine itu adalah hakikatnya.

Bintang rancangan TV Servant of the People menaikkan nama beliau dalam memainkan watak presiden dalam sebuah rancangan televisyen, sempena rancangan TV tersebut juga beliau menamakan parti politiknya “Servant of the People” telah memenangi pilihanraya dengan menewaskan Petro Poroshenko dengan meraih 73 peratus undi menurut kiraan akhir.

“Volodymyr Zelensky berkata saya belum lagi secara rasmi presiden, tetapi sebagai warganegara Ukraine, saya boleh katakan kepada semua negara bekas Soviet: Lihatlah kami. Semuanya mungkin!”

Kempen politik pelawak itu tidak mengikut kaedah tradisional sebaliknya membuat persembahan lawak dan menggunakan media sosial untuk mendekati pengundi.

Media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatApps, Twiteer, YouTube dan seumpamaya sebagai senjata membantu dalam mempromosikan seseorang atau produk untuk dikenali dan mendapat perhatian masyarakat, ini lah yang berlaku dan Volodymyr Zelensky telah membuktikannya melalui media sosial beliau dikenali ramai terutama rakyat Ukraine.

Tahniah diucapkan kepada Volodymyr Zelensky sebagai Presiden Ukraine semoga negara Ukraine dibawah pentadbirannya dapat memakmurkan dan merancakkan ekonomi serta menjaga kebajikan rakyat Ukraine sekaligus memajukan negara Ukraine.

Sumber: Akhbar tempatan dan Penulis sendiri

Post a Comment

0 Comments