MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Tun Dr Mahathir Mohamad Merasmikan Kenderaan 5G

Koridor Raya Multimedia rancangan negara Malaysia ke arah kecanggihan teknologi maklumat yang telah dilancarkan pada 1 Ogos 2019 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad dan pada 18 April 2019 beliau juga sebagai Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan penggunaan kemudahan teknologi 5G Malaysia.

Tun Dr Mahathir Mohamad mecipta sejarah Malaysia apabila orang pertama yang mencuba kenderaan yang dilengkapi kemudahan teknologi komunikasi terkini berasaskan teknologi 5G.

Percubaan beliau  menggunakan kereta Proton Exora dari Istana Kehakiman ke Kompleks Perbadanan Putrajaya untuk ke majlis pelancaran Pameran 5G.
Turut menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kereta Proton Exora itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Gob­ind Singh Deo.
Perjalanan itu mengambil masa selama lima minit.
Kereta 5G pemanduan sendiri tanpa pemandu itu dibangunkan oleh syarikat Ericsson dan Celcom melalui perkongsian dengan eMooVit, sebuah syarikat pemula teknologi tinggi.
Ia dilengkapi kamera, radar dan alat pengesan yang membolehkah kenderaan itu mengesan persekitarannya.
Kemudahan itu akan memberikan rangkaian komunikasi tercanggih setakat ini.

Selepas merasmikan pameran 5G, menaiki kenderaan Proton Exora yang dilengkapi teknologi 5G dan pada petang tersebut juga Tun Dr Mahathir Mohamad berucap ucapan beliau berbunyi "Apa lagi selepas ini ? Human teleportation (teleportasi manusia)," kata perdana menteri berseloroh atau bergurau.
Teleportasi manusia merujuk kepada kemampuan memindahkan jasad dari satu tempat ke tempat lain menggunakan teknologi dan sering ditemui dalam filem fiksyen sains.

Sumber : Bernama, Wikipedia dan Penulis sendiri 



Post a Comment

0 Comments