MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Taiping Perak

Penganugerahan bandar Taiping, Perak (Malaysia) sebagai status bandar ketiga paling lestari di dunia dalam Anugerah 100 Destinasi Paling Lestari 2019 sempena International Toursismu-Borse (ITB) yang berlangsung di Berlin, Jerman dalam pameran perdagangan pengembaraan telah mengaharumkan nama Malaysia di mata dunia dalam industri tempat pelancongan mempunyai kelasnya tersendiri.

Taiping, bandar yang paling lembab di Malaysia menerima taburan hujan yang tinggi sepanjang tahun, tidak hairanlah mengapa bandarnya sejuk dan dihiasi tumbuhan-tumbuhan yang menghijau sesegar mata memandang.


Taiping menerima anugerah dalam kategori bandar terbaik, bandar yang menerajui kelestarian bandar dan mengelakkan gangguan berlebihan dalam sektor pelancongan.

Anugerah yang diterima itu merupakan kejayaan bersama seluruh komuniti termasuk agensi terbabit dalam usaha memastikan kelestarian bandar terus terjaga.

Tahniah dan syabas kepada komuniti bandar Taiping,  Perak, kerajaan Negeri Perak, Badan-Badan  berkaitan yang terlibat dalam memastikan kelestarian Taiping atas anugerah yang diterima

Kepada pelancong-pelancong luar dan dalam negara adalah menjadi keutamaan sebagai salah satu destinasi yang ditujui dalam percutian di Malaysia.

Sumber :Utusan Online dan Penulis sendiri.

Post a Comment

0 Comments