MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Keuntungan Petronas 2018




Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) ialah sebuah syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia yang ditubuhkan pada 17 Ogos 1974. Dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia, syarikat ini telah mendapat hak keseluruhan terhadap sumber-sumber minyak dan gas di Malaysia dan diamanahkan dengan tanggungjawab membangunkan dan menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut

Berikut dikongsikan petunjuk prestasi kewangan & Aset Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2018 

Perkara
31 Disember 2018
31 Disember 2017
Perolehan
RM251 bilion
RM223.6 bilion
Keuntungan Selepas Cukai (PAT)
RM55.3 bilion
RM45.5 bilion
Jumlah Aset
RM636.3 bilion
RM599.8 bilion

Peningkatan Perolehan 12% bersamaan RM27.4 bilion, peningkatan Keuntungan Selepas Cukai 22% bersamaan RM9.8 bilion dan peningkatan Jumlah Aset RM36.5 bilion

Peningkatan diatas didorang oleh pengukuhan nilai ringgit berbanding dollar Amerika Syarikat (AS) yang mengimbangi kesan daripada jualan rendah terutama Gas Asli Cecair (LNG) di pasaran dunia.

Petronas juga komited akan membayar dividen sebanyak RM54 billion kepada kerajaan Malaysia termasuk RM30 bilion dalam bentuk dividen khas di bawah Belanjawan 2019 yang diumumkan tahun lepas (2018).

Sumber : Petronas, Wikipedia, Utusan online & Penulis sendiri

Post a Comment

0 Comments