MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Bon Samurai


Bon Samurai,  bon yang dikeluarkan oleh negara Jepun melalui jaminan Japan Bank for International Cooperation (JBIC) sebanyak 200 bilion yen (RM 7.3 bilion) dengan had tempoh matang selama 10 tahun dan kos keseluruhan bernilai 0.63% setahun. Bon ini juga adalah  pelaburan hutang yang dipinjam oleh Malaysia daripada Jepun dan perbincangannya telah dibuat semasa Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahatir Mohamad bertemu Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe semasa lawatan ke Jepun pada Jun 2018 tahun lalu.

Bon Kerajaan merupakan bon yang dikeluarkan oleh kerajaan sesebuah negara, dengan perjanjian pembayaran semula sejumlah tertentu ia itu Nilai Muka dan dikenakan bayaran faedah berkala. Merupakan pelaburan hutang pelabur meminjamkan sejumlah wang kepada sesebuah syarikat atau negara untuk suatu jangka masa tertentu dan kadar faedah tertentu.

Bon Samurai merupakan bon kerajaan jaminan JBIC terbesar dalam pasaran Jepun. Bon ini langsungnya antara kerajaan ke kerajaan (G2G), penerbitannya dijamin oleh JBIC melalui Guarantee and Acquisition toward Tokyo Market Enhancement (GATE).

Kesan kesan Bon Samurai kepada Malaysia dan Jepun :-
  1. Mengeratkan hubungan ekonomi dan budaya diantara Malaysia dan Jepun.
  2. Membiayai perbelanjaan pembangunan dan infrastruktur di Malaysia seperti pembinaan sekolah, hospital,  jalan raya dan infrastruktur utiliti.
  3. Merancakkan ekonomi kedua buah negara Malaysia membayar pinjaman dari bon tersebut,  Jepun membuat pelaburan ke Malaysia (win -win situation).
  4. Menarik Pelabur-Pelabur Asing (FDI) untuk melabur di Malaysia dan Jepun.
  5. Tahap keyakinan pelabur-pelabur luar kepada Malaysia mencerminkan peningkatan dari segi ekonomi, tadbir urus dan pembaharuan struktur serta dasar Malaysia.
  6. Mendapat sambutan yang memberangsangkan dari institusi dan pelabur-pelabur Jepun seperti perbankan dan syarikat insurans. 
  7. Mempelbagaikan asas pembiayaan Malaysia.
  8. Mengurangkan beban kewangan Malaysia dan Bon Samurai juga bon termurah.

Bon Samurai kali pertama di keluarkan oleh Jepun kepada Malaysia pada tahun 1989 dan terkini (kali ke dua (2)) pada tahun 2019 di terbitkan oleh Mizuho Bank,  HSBC Malaysia dan Daiwa Securities dengan kerjasama Affin Hwang Investment Bank. 

Kerjasama pelaburan melalui penerbitan bon ini memberikan kebaikan kepada kedua buah negara. Malaysia muncul sebagai antara destinasi pelaburan terkemuka di rantau Asia di samping Jepun beroleh manfaat hasil penerbitan bon tersebut kepada Malaysia.

Sumber : Bernama,  Berita Harian,  Utusan Online, wikipedia  dan Penulis sendiri 





Post a Comment

0 Comments