MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Rizab Minyak dan Gas Malaysia


Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Malaysia menyatakan bahawa rizab minyak dan gas Malaysia dijangka akan berkurangan pada  tahun 2029 berdasarkan kadar pengeluaran semasa.
Berdasarkan tahap pengeluaran purata tahunan semasa, rizab minyak dan gas dijangka dapat bertahan selama 10 tahun sahaja makluman yang dinyatakan oleh kementerian.
Walau bagaimanapun Kementerian mengarahkan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) meneruskan usaha cari gali minyak dan gas di dalam dan di luar negara bagi memastikan kemampanan bekalan bahan bakar minyak di Malaysia ditahap yang maksimum dan meneruskan kerjasama secara berterusan dengan agensi-agensi berkaitan disamping sokongan kerajaan Malaysia dalam pencarian rizab-rizab atau simpanan - simpanan baru di dalam Malaysia mahupun di luar Malaysia terutamanya bagi lapangan laut dalam (deepwater)

Salah satu kerjasama Petronas dengan agensi lain (shell) adalah projek mencari gali minyak dan eksplorasi di kawasan bokor dan Baronia, Sarawak yang mempunyai nilai pelaburan mencecah RM10 bilion merancakkan lagi industri minyak di Malaysia.
Pencarian dan eksplorasi/jelajah ini akan melibatkan kos yang amat tinggi iaitu dianggarkan sekitar 70 hingga 80 peratus kos pengeluaran disebabkan oleh kerumitan (complexity) dan risiko yang perlu dihadapi oleh Petronas tegas kementerian.

Faktor teknologi yang kurang efektif dengan keadaan persekitaran menyukarkan proses cari gali minyak dan pihak Petronas Carigali mengalu-alukan kerjasama pelbagai pihak tampil memperkenalkan teknologi termaju mereka yang boleh diguna pakai dalam situasi tertentu 
Adalah dimaklumkan bahawa jumlah sumber minyak dan gas yang ditemui di Malaysia termasuk lapangan yang belum beroperasi adalah sekitar 6.7 Billion tong minyak setara (Bboe – Barrels of Oil Equivalent).
Sumber dari kementerian Hal Ehwal Ekonomi Malaysia menyatakan bahawa Semenanjung Malaysia mempunyai rizab minyak mentah dan gas berjumlah 2.2 Bboe; Sarawak mempunyai 2.8 Bboe; dan Sabah mempunyai 1.7 Bboe.

Sumber : malaysiakini dan Penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments