MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Himpunan Solidariti Kedamaian


Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah begitu juga disebalik kejadian serangan dua buah masjid di Christchurch, New Zealand. Masyarakat dunia mengutuk sekeras - kerasnya serangan tidak berperikemanusiaan  yang dilakukan oleh pengganas bernama Tarrant Brenton dan rakan -rakannya.

Hari ini tanggal 23 Mac 2019 menyaksikan satu himpunan solidariti diadakan bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, Malaysia, tanpa mengira agama, kaum, ideologi, politik, pangkat dan darjat mesej disebalik perhimpuanan ini bagi menyatakan satu suara kedamaian sejagat dan menolak kebencian.

Perhimpunan solidariti ini diadakan untuk rakyat Malaysia bersandarkan konsep keamanan dan kedamaian tanpa mengira agama dan ideologi politik 

Menggunakan simbol burung merpati putih berlatar belakangkan bunga raya sebagai simbol kedamaian, perhimpunan bermula dari 7 pagi dan dijangka berakhir Jam 11 pagi waktu Malaysia.

Perhimpunan solidariti ini dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam) dan Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) dengan kerjasama Civil Society Organisation (CSO) itu dijangka disertai 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk persatuan agama seperti Sikh, Taoism, Buddha, Kristian, Hindu dan Islam.


Semangat cintakan keamanan dan menerima nilai kebersamaan ini la yang diperlukan oleh semua negara, sekiranya nilai - nilai murni ini wujud pada setiap individu, kumpulan, masyarakat dan negata sudah pasti keamanan sejagat dapat di jaga dan diwarisi serta dipelihara oleh generasi yang akan datang.

Sumber : Bernama dan Penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments