MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Niat Puasa Sebulan

 


NIAT PUASA SEBULAN


"Sahaja aku puasa sebulan Ramadan pada tahun ini kerana Allah Ta’ala"


Tempat niat adalah didalam hati. Seseorang yang hendak berniat puasa sebulan(menurut mazhab Maliki) boleh pasang niat seperti diatas dan lintaskan ia didalam hati. Syarat untuk membuat niat puasa sebulan hendaklah pada malam pertama Ramadhan(malam ini).


Kelebihan niat puasa sebulan;


1. Jika dia meninggal dunia pada pertengahan Ramadhan, dia akan mendapat pahala puasa sebulan penuh kerana sabda Rasulullah didalam hadis sahih, "Sesungguhnya amal bergantung kepada niat, seseorang diberi pahala menurut niatnya".


2. Menurut sebuah pendapat, jika dia terlupa niat puasa pada mana-mana malam Ramadhan(wajib niat pada setiap malam Ramadan menurut mazhab Syafi'e) maka niat sebulan mazhab Maliki seperti diatas tersebut akan menampungnya(dengan syarat ia terlupa bukan sengaja tidak berniat).


*Jika ia sengaja tidak berniat maka puasanya keesokan siang hari tidak sah dan kena qadha diluar Ramadhan. Walau bagaimanapun, sebagai langkah berhati-hati, dalam mazhab Syafi'e, seseorang yang yang tertinggal niat pada malam hari sama ada sengaja atau tidak sengaja, yang afdal untuk keluar dari khilaf ialah dia tetap mengqadha'nya diluar Ramadhan.


 Ini adalah kerana "tabyitun niah" (niat malam hari) adalah wajib menurut mazhab Syafi'e. Mengenai perkara tersebut, digalakkan berniat sebulan juga supaya jika ada mana-mana malam yang dia terlupa, maka keesokan harinya dia tetap perlu meninggalkan makan, minum dan perkara yang membatalkan puasa NAMUN dia tidak dikira berdosa meninggalkan ibadah puasa dengan sengaja. 


Wa Allahu a'lam.

@islamitu_indah

Post a Comment

1 Comments

  1. Bagaimana cara memastikan niat puasa sebulan yang sah dan diterima? Visit Us Telkom University

    ReplyDelete