MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Muhasabah Diri

 


Muhasabah Diri


Berbahagialah Ketika Diuji Oleh Ujian Yang DiberiNya


Wahai insan istimewa pilihan Allah yakni insan yang sedang diuji,


Pujuklah hatimu andai dugaan yang mendatang itu seakan menghimpitmu. Bukan Allah tidak peduli. Bukan Allah hendak menyeksamu.


Bukan Allah sudah tidak melihat usaha dan doa-doamu, bukan Dia tidak kisah air matamu. Dia cuma hendak kamu tahu bahawa Dia menyayangimu. Sangat menyayangimu.


Sentiasa bersangka baik apa sahaja akan ketentuanNya...pasti ada hikmah dan rahsiaNya yang Allah ingin hadiahkan buat kita kelak...andai kita tidak diuji dengan semua WAKTU itu bagaimana kita hendak mengenal erti kehidupan sebenar... ;)


Andai itu taqdir hidupmu, janganlah kau berputus asa dan lemah. Berusahalah sebaik mungkin, bersabarlah semampu boleh, dan bertawakallah dengan Tuhan. 


Hidup ini sememangnya satu ujian kepada insan. Diuji tidak bererti dibenci, menikmati tidak bermaksud disayangi.

.

Ada kala sabar, redha dan tawakal pengharapan sepenuhnya kepadaNYA...Kerna hanya DIA sahaja yang mampu mengubati kesedihan terhadap pahit getir ujian yang sedang kita tempuhi. 


Ada kala ujian itu nikmat yang menjadikan seorang hamba itu dekat kepada-NYA...


Tiada yang lebih indah saat dia menadah tangan menyeru "Ya ALLAH, tolong aku".. Saat dahi menyembah bumi, akur dengan ujian, meminta belas kasih Tuhannya


Andai mencari kesalahan tidak akan kau temui kebenaran andai mengukur kekurangan tidak akan kau perolehi kelebihan....Jari  jemari pun kan berbeza saiz inikan pula ujian hidup takkan pernah sama...


Redahlah semahunya kehidupan ini seperti air sungai yang mengalir tenang dan walaupun kerikil-kerikil buas membantai... kau tetap tegar bernafas dalam selut dan lumpur


Dan tetaplah mengukir senyuman walau dalam kesakitan dan manisnya menahan derita hati memaknai badai kehidupan 


senyum...

senyum...

senyumlah

selagi termampu!


Allah SWT berfirman :

Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya segala sesuatu, Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan…”- (An-Najm: 42-44)


Buat sahabat yang diuji Allah...sabarlah. Sandarkan derita itu padaNya. DIA ada untuk kita bermohon masa gembira apatah lagi duka...percayalah!


@islamitu_indah

Post a Comment

0 Comments