MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Tokoh Pejuang Kemerdekaan Malaysia




Tokoh Pejuang Kemerdekaan Malaysia

Berikut adalah Tokoh Pejuang Kemerdekaan Malaysia.


Tok Janggut (Kelantan)

Tok Janggut atau nama sebenar Haji Hassan bin Mat Munas, diberi gelaran Tok Janggut kerana janggutnya yang panjang hingga ke paras dada. Tokoh agama Islam yang berpengaruh dan mempunyai ramai pengikut di Kelantan

Dilahirkan di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1853, meninggal pada 25 Mei 1915 dan dikebumikan di Pasir Pekan, Kelantan.

Menentang penjajahan British dan antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala RM 1.00 seorang setahun, pokok buah-buahan 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung.

 

Haji Abdul Rahman Limbong (Terengganu)

Haji Abdul Rahman Limbong atau nama sebenar Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir atau dikenali sebagai Lebai Deraman. Pendakwah dan pejuang yang berasal dari Terengganu.

Dilahirkan di Terengganu pada tahun 1868 dan meninggal pada tahun 1929 di Mekkah.

Menentang penjajahan British dan antara sebab berlakunya penentangan adalah kerana tidak puas hati rakyat terhadap kuasa British dan kerajaan kerana mengenakan cukai hasil, dan British sebagai pendatang tiada hak untuk mengutip cukai di Tanah Melayu, selain dihalang membuka tanah dan memotong pokok tanpa izin.

 

Dato' Bahaman (Pahang)

Dato' Bahaman atau nama sebenarnya Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh ialah seorang pahlawan Melayu terkemuka di Pahang. Beliau juga merupakan salah seorang Orang Besar bagi Sultan Pahang dan berpengaruh di kawasan Semantan, Pahang.

Dato’ Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan

Dilahirkan di Semantan, Pahang pada tahun 1838 dan meninggal dunia pada tahun 1977 dengan identitinya sebagai Tok Guru Peramu.

Menentang penjajahan British antaranya ketidakpuasan hati Orang-orang Besar Pahang terhadap campur tangan British ke atas kawasan mereka.

 

Tengku Kudin (Kedah)

Tengku Dziauddin Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin Halim Shah atau lebih dikenali sebagai Tengku Kudin, ialah seorang putera Kesultanan Kedah.

Dilahirkan pada tahun 1821 dan meninggal dunia pada 25 Mei 1909 di Tanjung Kelawai, Pulau Pinang.

 

Dato' Maharaja Lela (Perak)

Dato' Maharaja Lela atau nama sebenar beliau Pandak Lam ialah Orang Besar Berlapan Perak yang merupakan pejuang bangsa Melayu. Beliau dikatakan berketurunan Daeng Selili (Haji Besar) yang merupakan putera kepada Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk di Sulawesi.

Meninggal pada 20 Januari 1877 di Taiping Perak

Dato' Maharaja Lela adalah antara individu yang terlibat dalam merancang pembunuhan J.W.W. Birch yang merupakan Residen British pertama di negeri Perak. Birch dikatakan dibunuh ketika beliau sedang mandi dengan kerjasama Dato Maharaja Lela dan rakan-rakannya iaitu Datuk Sagor, Siputum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim, Ngah Jabor dan lain-lain. Birch dibunuh di Pasir Salak pada 2 November 1875.

Peristiwa ini dikatakan detik bermulanya kebangkitan orang-orang melayu di Tanah Melayu.


Dol Said (Negeri Sembilan)

Dol Said atau nama sebenarnya Dato' Abdul Said bin Omar ialah pemimpin orang Melayu di Naning, sebuah kawasan di Tanah Melayu. Naning pada asalnya ialah sebuah wilayah merdeka yang membentuk sebahagian Negeri Sembilan, namun telah dihakkan ke dalam Melaka (dan kemudiannya dalam pentadbiran Negeri-Negeri Selat) pada era penjajahan British. Dol Said ialah Penghulu Naning kesembilan. Perang Naning yang berlaku pada tahun 1831 menjadikan beliau seorang pahlawan yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka.

Dilahirkan pada tahun 1773 dan meninggal dunia pada Ogos 1849 dan disemadikan di Tanah Perkuburan Taboh Naning bersebelahan Masjid Dato' Dol Said, Taboh Naning.

Menentang pentadbiran British pada tahun 1831−1832:-

1. Penentangan beliau adalah bagi mempertahankan kemerdekaan Naning. Ini kerana mengikut Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Belanda menyerahkan Melaka kepada British dan British mendakwa Naning ialah sebahagian daripada Melaka

2. British memaksa Naning membayar satu persepuluh daripada hasil keluaran pertaniannya.

3. British memperkenalkan Peraturan Penghulu yang menggugat pengaruh dan kuasa Dol Said. Peraturan ini melarang penghulu membicarakan kes jenayah

 

Mat Salleh (Sabah)

Mat Salleh atau nama sebenar Datu Paduka Mohammad Salleh bin Datu Balu, dilahirkan di Inanam, Sabah dan berketurunan Suluk merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam penentangan terhadap penjajahan British di Sabah.

Menentang tindakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara atau British North Borneo Chartered Company (BNBCC) yang mengambil alih hak memungut cukai sehingga menyebabkan pembesar tempatan kehilangan kuasa.

Pada 1 Februari 1900, Mat Salleh tumbang akibat serangan hebat Kompeni yang berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh di Teboh,Tambunan dan peristiwa ini menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.

 

Rentap (Sarawak)

Rentap atau nama sebenar Libau anak Ningkan, juga dikenali sebagai Libau Rentap, dilahirkan pada tahun 1800–1863 ialah seorang pahlawan Iban-Dayak dan sangat dikenali di Sarawak. Diberi gelaran "Rentap Tanah, Runtuh Menua" (bahasa Iban) yang bermaksud "Bumi-gegar, Penggoncang-dunia". Dipanggil juga ‘Raja Darat’

Slogan beliau yang paling terkenal dan sering digunakan adalah "Agi idup, Agi ngelaban" yang bermaksud "Masih hidup, masih melawan".

Menentang pemerintahan/penjajahan Brooke dengan tindakan Brooke seperti merampas tanah orang Iban dan memaksa orang Sarawak membayar pelbagai cukai,

Meninggal dunia di Bukit Sibau iaitu kawasan yang terletak di Ulu Wak, Pakan pada usia lebih kurang 70 tahun. berjasa.


Ringkasan Perjuangan Leftenan Adnan bin Saidi

Biodata Sarjan Hassan bin Othman

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2023

 

 Faktor – Faktor Kedatangan Kuasa Asing Ke Tanah Melayu

Post a Comment

0 Comments