MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Biodata Sarjan Hassan bin Othman



Biodata

Nama: Hassan bin Othman 

Nama Popular: Sarjan Hassan bin Othman

Tarikh Lahir:  15 Februari 1927

Tempat Lahir: Kg, Pantai, Seremban Negeri Sembilan 

Pangkat Sebelum Bersara: Kapten 

 

Hassan bin Othman pada usia muda telah terlibat dalam aktiviti menentang komunis. Faktor utama beliau menyertai Rejimen Askar Melayu (RAM) apabila isterinya (sarat mengadung ketika itu), ibu mentua dan anak saudaranya dibunuh oleh komunis dan rumah mereka dibakar.

1957 beliau terlibat dalam gerakan mematahkan cubaan lebih 400 komunis di WaterFall Estate, Rawang, Selangor untuk mensabotaj pengisytiharaan kemerdekaan negara.

Hassan bin Othman meninggal dunia akibat sakit jantung pada 1991 ketika berusia 63 tahun.

Sarjan Hassan lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang mengisahkan anggota Askar Melayu berjuang menentang penjajah Jepun di Tanah Melayu adalah inpirasi daripada kisah keperwiraan Sarjan Hassan bin Othman.

 

Perkahwinan

Hassan bin Othman berkahwin pada usia 17 tahun dengan pasangannya Siti Zabedah Ali.

Pada 1952 Hassan bin Othman berkahwin dengan Aishah Bujang dan dikurniakan 12 orang cahaya mata, enam lelaki dan enam perempuan serta 24 cucu.

 

Perkhidmatan

1967: Bersara sebagai Penolong Ketua Kompeni di Kompeni Lima Melayu dengan pangkat terakhir Kapten

1957: Ditauliahkan pangkat Leftenen Muda

1952: Dinaikan pangkat sebagai Sarjan (Sjn) dan melapor diri di pangkalan Batalion ke-4 RAM di Mentakab, Pahang.

1950: Dinaikan pangkat sebagai Koperal (Kpl)

1949: Dipindahkan ke Batalion keempat (ke-4) RAM 

1948: Dinaikan pangkat sebagai Lans Koperal (L/Kpl)

1947: Diserap ke Batalion Pertama RAM

1946 - 1947: Menyertai Rejimen Askar Melayu (RAM)

 

Anugerah

General Service Medal & Mention in Despatches daripada British

1954: Military Medal daripada Ratu Elizabeth II melalui London Gazette 

 

Kredit: Arkib Negara Malaysia, The Patriots, myMetro, astro AWANI

Kredit gambar: ABIM

 

Ringkasan Perjuangan Leftenan Adnan bin Saidi

 

Post a Comment

0 Comments