MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kegunaan Pokok Nibung



Pokok Nibung (Oncosperma tigillarium syn. O. filamentosum) merupakan tumbuhan jenis palma dalam keluarga arecaceae yang berasal di Asia Tenggara. Ia biasanya tumbuh liar di seluruh negara Asia Tenggara terutama di kawasan berpaya. Ia boleh didapati dari Indocina hingga Kalimantan.

Tumbuhan ini juga boleh dilihat di kampung-kampung, luar bandar dan pesisir pantai.

Berikut dikongsikan beberapa kegunaan pokok Nibung dalam kehidupan harian

 

Umbut Nibung

Umbut Nibung manis dan dijadikan sayur atau boleh dimakan terus tanpa dimasak. Ianya sangat sesuai dimasak berkuah dan dicampur dengan udang kering. Pada masa dahulu umbut Nibung ini antara sayur hutan yang sangat digemari walaupun untuk mendapatkannya sukar sedikit kerana pokok Nibung perlu ditebang secara berhati-hati kerana batangnya yang berduri.

 

Batang Pokok Nibung

Batang pokok Nibung mempunyai struktur yang mampat, keras dan tidak mudah reput/buruk (tahan air) sesuai untuk dijadikan lantai dan tiang rumah. Lazimnya orang kampung yang mendirikan rumah di atas air menggunakan batang pokok Nibung sebagai lantai/tiang serta mudah didapati.

Batang pokok Nibung juga boleh dibuat jambatan/titi bagi menyeberangi sungai dan parit. Batang pokok Nibung yang panjang memberikan pilihan untuk memilih kualiti bahagian yang baik dan menentukan panjang titi yang hendak dibuat.

Bagi nelayan batang pokok Nibung sangat sesuai dijadikan bagang/rumah ikan bagi menangkap ikan bilis dan bagi kaki pancing gemar memancing berhampiran bagang.

Batang pokok Nibung juga dijual setiap satu bernilai anggaran RM150 sehingga RM250 untuk kegunaan tiang bagang dan lantai/tiang rumah boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan.

 

Tidak hairanlah kenapa pokok Nibung banyak kegunaan kepada orang/penduduk kampung kerana kegunaannya pada masyarakat kampung pelbagai guna.

 

Kredit: Admin 


Post a Comment

0 Comments